Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki
yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam
tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian
berlaku kira-kira 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun
itu sampai ke rumahnya.
"Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam
rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang
bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Beliau berkata semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga
itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan
keadaannya kini dilaporkan stabil.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
menghubungi Insp Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau
mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. - Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan