Peneroka tanah rancangan Felda diingatkan agar tidak mudah terperangkap
atau terpengaruh dengan ajaran atau fahaman Syiah yang didakwa telah
menular ke kawasan Felda, di negeri ini.
Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris berkata, walaupun ajaran
tersebut belum disebar luas, namun peneroka tidak seharusnya mengamalkan
ajaran yang ternyata songsang dan terpesong daripada Islam.
"Ajaran Syiah bertentangan sama sekali dengan Islam yang berpandukan
al-Quran dan hadis, malah sesiapa yang mengamalkan ajaran songsang itu
perlu bertaubat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa
bersama penduduk Felda Kota Gelanggi, dekat Jerantut semalam.
Ahmad Nazlan berkata, peneroka perlu melaporkan kepada pihak berkuasa
agama jika sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai kegiatan
penyebaran ajaran tersebut di kawasan Felda.
"Kita tidak mahu ajaran salah tersebut bertapak di Felda kerana
masyarakat tanah rancangan Felda kini sudah berada dalam keadaan aman
dan makmur.
"Jika ajaran songsang meresapi ke Felda, maka sudah tentu ia akan
berlaku perpecahan dalam kalangan penduduk dan akhirnya membahayakan
keselamatan negara," katanya. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan