KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat jangan sekadar bertujuan meredakan kemarahan rakyat.Meskipun ia dianggap sebagai kejayaan desakan dari siri himpunan Black 505 , SPR diingatkan untuk tidak bersandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap penipuan.
“Jangan pula kenyataan mahu siasat SPR dibuat semata-mata mahu meredakan kemarahan.
“Rakyat sudah muak dengan jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila sesuatu isu didedahkan,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
SPR dikecam kerana gagal mengendalikan pilihan raya umum ke-13 dengan dakwat kekal walaupun dijanjikan tidak tanggal dari jadi sehingga 7 hari.
Malah, kandungannya menggunakan bahan yang sama dengan pewarna makanan.
Sementara itu, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa siasatan berhubung pembelian dakwat wajar dibuat secara telus, bersungguh-sungguh dan terbuka.
“Rakyat perlu diberitahu jika wujud kepincangan dalam pembelian dakwat yang kita tahu menggunakan kos yang sangat besar,” katanya.
“Siasatan harus menyeluruh sama ada wujud penyelewengan dalam proses pemberian tender membekal dakwat,” kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan