Rabu, 3 Julai 2013

Hentikan pelaksanaan AES serta-merta

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendesak Kementerian Pengangkutan menghentikan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta merta.

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, selepas Peguam Negara menangguhkan dakwaan pesalah AES, rakyat menganggap pelaksanaannya dihentikan kerana mencetuskan banyak masalah.

“Saya minta Datuk Seri Hishamuddin Hussien (pemangku Kementerian Pengangkutan) hentikan dan kaji semula pelaksanaan AES seluruh Malaysia,” katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.

NO_TO_AES

Teresa sebelum itu diberi jawapan Kementeran Pengangkutan yang mengesahkan pelaksanaan kamera AES di 14 lokasi masih diteruskan.

Menurut jawapan tersebut, pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun walaupun pendakwaan bagi kes AES ditangguh.

“Notis yang dikeluarkan pesalah trafik itu dibuat mengikut undang-undang,” kenyataan Kementerian Pengangkutan dipetik.

Menurut Teresa, salah satu lokasi AES terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur berdekatan simpang Jalan Sepadu yang terletak dalam Parlimen Seputeh.

“Saya mendapati kamera AES ini berkelip 10 kali pada satu-satu masa. Bayangkan berapa banyak untung syarikat Umno yang mengutip kompaun itu,” ujarnya.

Tiada ulasan: