Selasa, 9 Julai 2013

Risiko diheret ke pengadilan antarabangsa akibat TPPA, ISDS

Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR,: Keengganan kerajaan Pusat melibatkan negeri-negeri khususnya ditadbir Pakatan Rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendedahkan risiko diheret ke pengadilan antarabangsa jika berlaku percanggahan dengan syarikat antarabangsa.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, risiko bermula selepas Penyelesaian Pertikaian Antara Pelabur-Negeri (ISDS) yang terkandung dalam TPPA dipersetujui hanya oleh kerajaan persekutuan dengan syarikat antarabangsa

.Azmin_TPPA_ISDS

“Apakah adil bagi kerajaan negeri apabila tidak dilibatkan dalam rundingan ISDS, tetapi boleh diheret ke muka pengadilan? soalnya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi), Datuk Mustapha Mohamed di Dewan Rakyat.

“Soalan saya ialah, bila MiTi dan kerajaan persekutuan ingin mengundang kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang ke meja rundingan?

Azmin berkata, Malaysia telah menandatangani 74 perjanjian melibatkan ISDS,

“Ini bukan sekadar konteks pelaburan dan perdagangan, tetapi membabitkan isu kedaulatan, buruh dan paten,” tegas Azmin.

Katanya, beberapa negara lain seperti Australia dan India menolak ISDS, manakala Kanada mengadakan kajian selepas menerima sebanyak 27 saman syarikat antarabangsa.

“Sekiranya negara-negara ini pun berhasrat menolak, mengapa Malaysia tergesa-gesa untuk menandatanganinya?” ujar Azmin.

Tiada ulasan: