Selasa, 9 Julai 2013

Pusat hiburan dekat masjid bukan salah kementerian, kata Nazri

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR,: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz enggan bertanggungjawab jika sesebuah pusat hiburan dibina berhampiran masjid.

Nazri berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi.
“Kalau ada pun pusat hiburan beroperasi dekat masjid dan surau, kena kejar kerajaan tempatanlah (PBT).

nazr

“Ini tiada kena mengena dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Kita tidak bertanggungjawab atas pengeluaran lesen bagi menentukan kawasan itu boleh digunakan sebagai pusat hiburan,” kata ahli parlimen Padang Rengas itu di Dewan Rakyat, semalam.

Nazri turut enggan bertanggungjawab jika seseorang melakukan jenayah di Malaysia walaupun memasuki negara ini sebagai pelancong.

“Pelancong tak pulang, itu bukan salah kita. Saya nak beritahu, promosi kita mengenai pelancongan kepada mereka yang memiliki kuasa pendapatan.

“Bila mari sini, di hotel, mereka ada duit. Tapi jika mereka tak balik, itu bukan salah pelancongan,” kata Nazri.

Tiada ulasan: