Ahad, 7 Julai 2013

'Enggan terima pengerusi PAC, kukuh BN sebagai pembangkang'


MALAYSIA KINI


 
Timbalan Ketua DAP Selangor Tony Pua hari ini mengingatkan bahawa BN tidak mampu untuk merampas semula negeri itu jika berterusan menolak untuk melaksanakan tugas sebagai pembangkang di negeri itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Selatan merujuk kepada Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsuddin Lias yang enggan menerima kedudukan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri.

Dalam kenyataannya hari ini, Pua berkata sudah sampai masanya bagi BN untuk menerima peranan itu dan menunjukkan fungsi mereka selepas menolak tawaran tersebut sebelum ini.

"Tidak ada alasan kukuh bahawa rakyat Selangor boleh menerima penolakan peranan itu. Malah, kegagalan menerima peranan tersebut hanya akan mengukuhkan BN sebagai pembangkang di Selangor untuk pilihan raya umum ke-14," kata Pua.

BN yang memerintah negeri itu sejak 1957, menerima satu tamparan hebat pada 2008 apabila tewas kepada Pakatan Rakyat yang memperoleh 20 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Tiada ulasan: