Rabu, 3 Julai 2013

Azmin: Rundingan TPPA beri kesan negeri Pakatan

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikendali kerajaan Pusat memberi kesan kepada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, terutama Selangor.

Justeru, Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali menuntut kerajaan pusat membuat rundingan dengan Selangor sebelum menandatangani perjanjian TPPA.

“Persetujuan kerajaan negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya diurus dan diakomodasi negeri,” kata Azmin.

Azmin

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika sesi perbahasan titah diraja Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.

Katanya, antara perihal penting dalam seperti TPPA ialah elemen ‘Non Conforming Measures’ (NCM).

Elemen tersebut mengehendaki kerajaan menyenaraikan ‘perkara yang dipersetujui’ dan ‘perkara yang tidak dipersetujui’ dan ‘perkara yang dipersetujui oleh negeri’ dan ‘perkara yang tidak dipersetujui oleh negeri’.

“Sebahagian besar perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara yang tercatat dalam ‘Senarai Negeri’ dan sSenarai Bersama’ seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan.

Menurut Azmin, TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral.

“Namun lebih mencabar kerana ia bukan sahaja melibatkan isu pelaburan dan perdagangan, tetapi juga instrumen baru ekonomi seperti pembelian hakmilik intelektual (intellectual property rights procument), buruh dan kedaulatan negara,” katanya.

Tiada ulasan: