Selasa, 26 Jun 2012

Tuntutan Royalti Minyak: Elak Tumpah Darah

MSO


Apa dibimbangi mengenai 'demo serentak' di antara puak menyokong royalti minyak dengan puak yang anti royalti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan tampaknya menjadi kenyataan. Keecohan di lapangan demo berhampiran Kota Darulnaim telah berlaku sampai ada yang tercedera dan dikejarkan ke hospital. Beberapa laporan polis juga turut sama dibuat.


Gaya himpunan menuntut royalti minyak di depan SUK.
Keadaannya tidaklah 'belah mana'. Tetapi malam ini tengoklah apa yang akan dilaporkan dalam tv yang sudah terkena TB dan esoknya dalam media-media massa PB. Kejadian itu akan diberikan gambaran menakutkan Kelantan akan digambarkan tidak selamat. Kelantan akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Asap pemedih mata yang dikeluarkan oleh senapang polis, kandati tidak perlu sebenarnya, akan dijadikan bukti telah berlaku kekecohan dan ketegangan.

Ulasan akan dibuat, kekecohan itu mungkin akan menjadi lebih besar kalau tanpa kawalan dan pemantauan polis. Polis diletakan sebagai pihak yang berjasa dan berkhdimat dalam peristiwa pagi tadi. Orang tidak akan nampak dan terlupa bahawa kekecohan yang berlaku di Kota Bharu dan menimbulkan kesesakan jalan raya ialah kerana sikap polis juga yang kurang bijak kalau pun tidak kurang cerdik.

permulaan menuntut royalti minyak itu katanya mendapat permit polis. Saya percaya pihak satu lagi juga mendapat permit polis. Kalau dua-dua mendapat permit polis apakah tidak boleh difahamkan di sini ada maksud polis sengaja melepas kedua-dua ayam jalak dan jantan politik itu untuk berlaga di antara satu sama lain? Bolehkah dianggap begitu?

Polis sudah boleh membaca situasi yang akan berlaku. Maka polis tidak sepatutnya meluluskan permit untuk dua puak dalam masa dan jarak yang tidak jauh. Polis patut asing dan elakkan apa-apa dari berlaku kejadian buruk dan anggota polis juga tidak akan menjadi susah. Kepandaian polis untuk meletakkan dirinya tidak berpihak atas nama demokrasi dan perofesional dalam konteks ini salah. Tugas polis bukan saja menyuraikan kekalutan tetapi mencegah lebih awal inilah sikap profesional namanya.

Sekali lagi bagi saya ia disengjakan. Makanya kesengajaan ini sepatutnya ditangkap awal oleh semua pihak khasnya dari pihak menyokong royalti diberikan kepada Kelantan. Bukan ertinya tidak perlu berusaha dan berikhtiar mendapatkan royalti, tetapi provokasi yang hendak dibuat itu biarlah munasabah dan berhikmah. Kalau pihak menyokong dapat meramal awal apa yang berlaku kekecohan yang boleh mencacatkan Kelantan dapat dielakkan.

Pun ebgitu kita tidak mahu ia disalah anggap. Maksudnya niat untuk membela kerajaan dan rakyat bertukar menjadi sebaliknya menyebabkan kerajaan kerugian dan rakyat 'bersaja'. Maksudnya jangan ssmpai Pas jadi terkorban dengan hasrat yang murni itu lantaran tiada kebijaksanaan. Kekuasaan Pas di Kelantan perlu dipelihara dan jangan diusik dengan keadaan-keadaan tidak sepatutnya.

Perkara pokok yang kena utamakan di nsini menjaga keselamatan kerajaan Pas di Kelantan. Tidak ada guna sedikit pun kalau royalti minyak diperolehi, tetapi Pas tumbang?

Rujuk sejarah lampau

Selamanya saya suka merujuk krepada peristiwa tahun 1978 di mana ketika berlaku krissis kepimpinan dalam Pas di antara Mohd Asri dan Muhammad Nasir (kedua Allahyarham). Siapa yang memula dan menarik krisis itu sehinggakan kerajaan Pas akhirnya jatuh. Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah, media penjilat buntut. Ia diperbesar dan ditokok tambahkan oleh wartawan yang diupah oleh Umno. Adapun kenapa media memperolehi rahsia atau punca itu kerana pemimpin Pas sendiri yang tidak hemah.

Mulanya krisis itu cuma kecil dan berlaku dalam rumah tangga Pas, yang boleh diumpamakan seperti anak lipas yang masuk dalam baju sahaja. Tetapi keran ada campur tangan media massa dibantu dengan sikap tidak panjang akal beberapa pemimpin Pas menyebabkan ia terheret ke muka khalayak.  Krisis itu terheret keluar dan diketahui oleh umum. Umno yang sememangnya jahat, bak jerat yang tidak pernah melupa pelanduk terus memngambil kesempatan dan menggumba krisis itu sehingga menjadi petaka. Hasil gumbaan bertalu-talu itu apa terjadi, kerajaan Pas jatuh.

Perlu diingat keturunan Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdullah bin Ubai yang pernah berperanan dalam demonstrasi di Kelantan tahun 1978 sebahagiannya masih hidup dan ada hari ini. Munngkin mereka sudah uzur tetapi mereka boleh mengarahnya dari atas tikar di tempat yang jauh. Keturunan mereka juga terus memain peranan kerana menjadi kelazimannya bapak yang jahat akan melahirkan anak yang jahat juga.

Sejarah dan petaka ini perlu diingat-ingati sebaik mungkin oleh generasi lampau dan perlu dipelajari genarasi hari ini. Jangan kerana ghairah hendak menuntut royalti tercetus keadaan buruk yang mana akhirnya keadaan itu nanti akan dilapor oleh PB sampai ia menjadi besar dan mendapat perhatian dunia. Kalau itu berlaku Pas yang miskin media massa dan segala-gala itu berada juga senjata akan berada dalam keadaan terkakapi-kapai.

Fahamkah apa yang hendak saya sampaikan ini?

Sebagai rakyat Kelantan saya menyokong tuntutan itu. Cuma mungkin saya seorang yang mempunyai semangat yang kecil dan keimanan nipis, maka saya berdoa dari jauh. Orang menggunakan doa sebagai senjata adalah orang yang kerdil dan naif dari segi kegedebean. Bagaimana pun dalam keadaan hari ini walaupun kita dianggap beriman tipis dan kerdil rasanya lebih baik dari bertindak secara agresif tetapi membahayakan diri dan negeri. 

Dari dulu lagi saya mengharap tindakan dan jihad menuntut royalti minyak perlu dibuat secara bijaksana dan sepadu. Cara paling baik ialah menerusi rundingan. Jangan jemu untuk mengadakan perundingan. Tindakan-tindakan politik baik untuk mempopularkan diri dan sebagainya tidak wajar. Apa lagi kalau isu itu untuk menjagohkan diri. Membawa isu royalti ke mahkamah adalah tindakan akhir yang betul tetapi bagi saya bukan jalan terakhir yang tuntas. Kenapa, bila fail royalti telah berada di mahkamah menyebabkan ruang lingkup kita mengenainya sempit dan terbatas.

Dalam kita mempercayai media-mass, kehakiman, polis dan segala macam institusi tidak berpihak dan bersimpati kepada kita, apa juga kes tidak perlu dirujuk dan diharap kepada badan-badan rasmi itu. Ia boleh dilakukan apabila kita sudah yakin, atau tidak lagi mengkritik kepada institusi itu sebagai berat sebelah dan sebagainya. Anihnya dalam situasi itu isu minyak itu dihenyahkan juga kepada mahkamah.

Biarlah perkara itu sudah terlucut dan yang penting lihat kepada apa yang berlaku sekarang ini. Menuntut  royalti minyak secara dilakukan sekarang ini tidak akan memberi kesan melainkan keseronokan kerana dapat berhimpun sambil bersorak dan mengetik etak. Umno hanya akan tersenyum melihat apa yang berlaku, dalam masa sama pula para broker dan barua Umno akan terus bergerak menggunakan tindakan itu untuk mengambil peluang mengkhianati kerajaan Kelantan. Mungkin cara hari ini menyeronokkan generasi belia, tetapi orang tua harus pastikan apakah ia sesuai dan selari dengan perjuangan Pas? Pastikan cara menghalakan matlamat.

I am sorry, (kecek Inggeris sikit) saya juga kurang faham dengan acara hari ini. Apakah tujuan dan matlamatnya, dan simbol yang hendak ditonjolkan? Apakah ianya untuk menunjukkan rakyat Kelantan menyokong tindakan  Pas? Begitukah? Atau pun tindakan hari ini bagi membina jambatan di antara orang tertentu dengan orang tertentu. Membaiki gelegar atau pun tongkat rumah harapan yang sedikit senget?

Apa yang pelik dan meyebabkan kepala saya tergaru-garu, maksud di sebalik himpunan hari ini yang hanya untuk menyerahkan plak titah ucapan Sultan Mohammad Ke V semasa merasmikan sidang DUN Kelantan yang berharap gas didaratkan di negeri Kelantan. Itu saja. Maksud titah ucapan Baginda itu diterjemhkan sebagai Tuanku mendesak royalti minyak di berikan segera.

Apabila titah ucapan itu dijaja dan dijadikan plak ia menunjukkan seolah baginda begitu berkehendak royalti itu untuk Kelantan dan rakyat baginda. Soalnya apakah titah ucapan dan mesej Tuanku itu benar bermaksud begitu? Dan apakah titah ucapan baginda itu tidak didengari oleh kerajaan Pusat atau kalangan pemimpin Umno di Kelantan, seperti Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan lain-lain? Begitukah?

Hemat saya, pihak Kuala Lumpur sudah pun mendengar maksud dan konotasi titah ucapan itu seperti mana dilafazkan. Jadi apabila mereka tidak sedia menunaikannya itu bermakna mereka tidak mendengar suara batin dan mesej Tuanku. Kedegilan ini boleh dianggap sebagai dungu dan menderhaka. Pun begitu kerajaan Federal masih ada alasan kalau pun tidak bingkas segera kepada titah ucapan Tuanku itu. Ini kerana royalti itu kini masih dalam pertimbangan mahkamah. Setakat ini hanya pihak Pas sahaja mengemukakan bukti-buklti yang royalti itu jelas milik Pas. Tetapi apabila ia dibawa kepada pertimbangan dan perhatian mahkamah semua pihak kena menunggu apa kata mahkamah. Mahkamah akan menentukan apakah dakwaan dibuat kerajaan Kelantan itu benar?

Jadi biarlahlah mahkamah membuat keputusan apakah kerajaan Kelantan berhak atau tidak. Sultan juga mungkin sudah dinasihti perkara ini. Apabila keputusan itu berpihak kepada kerajaan Kelantan, nah di kala ini bolehlah rakyat Kelantan bangkit menuntut hak mereka semahunya termasuk untuk berkhemah tujuh hari dan tujuh malam di depan SUK. Mereka sudah ada alasan kuat untuk berbuat demikian.

Itulah implikasi yang berlaku apabila isu royalti dibawa ke mahakmah untuk diputuskan. Mengikut undang-undang dan precedence apa-apa pertikaian terhadap isu juga isu yang masih dalam pertimbangan mahkamah ia akan dianggap sebagai subjudis. Ia tidak boleh dipertikaikan. Kerana itu bagi Umno bila isu itu dibawa ke mahkamah mereka lega kerana isu itu terkunci di mahkamah.

Mengenai penyerahana plak titah ucapan Sultan tadi, saya fikir pihak yang patut diserahkan bukan kerajaan Kelantan, atau pemimpin Pas yang menerimanya. Ia patut dihantar kepada Mustapa Mohamed selaku ketua Umno dan juga menteri yang dilihat bersekongkol dengan niat tidak mahu memberi royalti itu kepada Kelantan seperti mana cadang sdr Mohd Saberee Shafei.

Tidakkah maksud plak itu untuk memberi tahu bahawa Sultan pun sokong supaya royalti minyak diserahkan kepada Kelantan. Nah makanya yang perlu diberi tahu pendirian Tuanku itu bukan Husam Musa dan pemimpin Pas tetapi Mustapa Mohamed. Sepatutnya puak-puak sokong royalti itu berarak ke Pejabat Umno atau ke rumah Mustapa Mohamed dan jika berani berarak ke Putrajaya untuk diserahkan kepada perdana menteri Najib Razak.

Apbial ia diserahkan kepada Husam walaupun sebagai mewakili MB Nik Aziz ia melucukan. Husam dan semua pemimpin Pas dan kerajaan sudah tahu akan hakikat yang Sultan menyokong royaltii diberikan kepada kerajaan Kelantan. Jadi tidak ada apa-apa keistimewaan lagi plat itu diserahkan kepada kerajaan Kelantan dan diterima Husam melainkan dapat dicapturekan gmbar yang Husam menjunjung tinggi titah ucapan dan gambar wajah Tuanku itu. Itu saja.

Jikalau usaha ini hendak diteruskan, pastikan ia dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur. Jangan memberi jalan dan ruang untuk para jebong menganggu majlis itu. Jebong jebong penggangu itu tidak boleh dilayan kerana tahap pemikiran mereka lebih kurang beruk, kera sahaja. Kalau mereka ada akal, ikhlas dan berjuang untuk kepentingan rakyat dan bukan ***** **** mereka, mereka tidak wajar menentangnya. Bahkan mereka akan bersama menyuarakan tuntutan dan membuat aksi tuntutan dengan puak yang menyokong itu. Itu baru bijak dan cerdik.

Biarpun buat masa ini tidak ada kerelevensinya untuk menuntut royalti itu disebabkan ia dalam perkiraan mahkamah tetapi usaha-usaha yang tidak sampai menjadi subjudis perlu dilakukan. Tindakan himpunan kepada saya tidak begitu elok dan cocok dengan perjuangan Pas. Sebaik tindakan ialah berdoa dan bermunajatlah kepada Allah. Buatlah solat hajat dan menunjat di stadium. Acap kali pun tidak mengapa.

Lebih bermakna lagi dalam munajat itu undanglah sama Tuanku Sultan. Paling elok biarlah Tuanku mengepalai solat dan menujat itu. Sebelum ini ada rancangan untuk menghantar 40 ulamak bermunajat di Makkah dan Madinah, tetapi kenapa usaha itu senyap dan tidak diteruskan? Apakah ia tidak mendapat restu dan jika benar kenapa? Bila ia disebut tetapi tidak dilaksanakan maka orang akan nampak projek itu tidak ikhlas dan lebih kepada gimik politik. Parahnya ia akan dispekulasikan dengan pelbagai persepsi-persepsi buruk.

Tiada ulasan: