Muhyiddin berkata lebih sejuta orang rakyat mendapat faedah melanjutkan pelajaran menerusi hampir RM43 bilion kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
"Anwar Ibrahim kata nak hapuskan (PTPTN). Tuan-tuan nak sokong dia? Dalam erti kata (lain) dia nak bagi percuma.
"(RM) 43 bilion itu datang dari mana? Orang kata dulu ada tongkat sakti, 'kun faya kun'. Dia ada tongkat sakti ke tuan-tuan? Ada lampu ajaib ke tuan-tuan?
"Kalau dia kata nak hapuskan (PTPTN) wang itu datang dari sumber mana nak sediakan peluang pelajaran? Datang dari langit?
"Saya tak tahu apa tujuannya kalau bukan politik semata-mata" katanya dalam program lawatan kerja bersama aktivis NGO yang terdapat di Kuala Lumpur.
Kerajaan sebelum ini membekukan pinjaman PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan Pakatan Rakyat dengan alas mahu menguji sama ada gagasan pendidikan percumanya mampu dilaksanakan.
Tak majukan Kg Baru, nilai tak nampak
Selepas kritikan dan pertikaian hebat, ia bagaimanapun dibatalkan tidak lama selepas itu.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Muhyiddin turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berusaha memastikan pembangunan Kuala Lumpur memberi manfaat kepada penduduk, seperti projek memajukan tanah Kampung Baru.
"Walau pun tanah penempatan Melayu tetapi ia dalam bandar. Kalau setahun, dua tahun tak dimajukan apa jadi?
"Kalau dikira harga pasaran nilainya berbilion. Kalau tak dimajukan nilainya tak nampak.
"Bukan kerajaan nak ambil kita nak majukan bentang undang-undang dah lulus. Lambat kita buat lambat orang Melayu dapat untung," katanya di hadapan peserta yang sebahagian besarnya berbangsa Melayu.
Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar sebelum ini bercadang membina kompleks pejabat dan komersil di Kampung Baru.
Bagaimana pun langkah berkenaan mendapat bantahan sebahagian penduduk di kampung itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan