Selasa, 5 Jun 2012

Tampil kemuka rakaman video


HANIFF (tengah) bersama (dari kanan) Peng Chuan, Husammuddin, Ruszmi dan Alwi selepas mesyuarat Panel Penasihat Bebas perhimpunan Bersih 3.0 di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 meminta orang ramai termasuk wartawan, syarikat akhbar dan Majlis Peguam mengemukakan rakaman video bagi mendapat gambaran sebenar insiden pada 28 April itu.

Pengerusi panel itu, Tun Haniff Omar berkata, pihak yang membuat 140 laporan polis termasuk kekerasan yang didakwa dilakukan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut diminta tampil memberi maklumat.

“Polis sendiri membuat 80 laporan dan mereka telah memberi jaminan untuk berlaku adil terhadap setiap dakwaan.

“Justeru, jika ada pihak yang mempunyai maklumat dari sudut lain boleh tampil memberi maklumat kepada panel siasatan ini,” jelasnya selepas mesyuarat kedua panel itu di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim.

Tiada ulasan: