Aspan Alias
Rais
Yatim sekarang sudah bercakap tentang sikap “gentleman” satu topik
yang sangat tidak relevan jika Rais yang bercakap tentangnya. Apa yang
dimaksudkan oleh Rais tentang “gentleman” ini saya tidak tahu dan susah
untuk difahami. Mungkin “gentleman” kepada Rais itu ialah “kalau den
bantai kau, kau diam ajo, kalau kau bantai den, den kojoan kau balik
dan kau diam ajo”.
Rais
mahukan semua pihak menjadi “gentleman” dan ikut sahaja tindak tanduk
BN tanpa banyak soal. Bagi Rais, “kok terghimpit, biar kek ateh, kok
tokughong biar kek luar, kok bojalan boduo den jalan kek tongah”. Saya
mengenali Rais ini sikit-sikit, walaupun sudah berpuluh tahun tidak
berjumpa. Dia bijak orangnya. Silat politiknya penuh berseni. Dia
menjatuhkan kawan-kawan seperti pun ada seninya.
Rais
meminta Anwar supaya menjadi “gentleman” dan melalui pilihanraya ini
dengan sikap itu. Apa yang Rais maksudkan ini sama-sama-lah kita
fahami. Rais seperti Muhyiddin, seirama menyanyikan lagu Mahathir, yang
negara akan kecuh dan huru hara jika Pakatan Rakyat kalah dalam
pilihanraya ini. Pakatan Rakyat akan membuat kecuh jika kalah dan mereka
ini seolah-olah bercakap tentang cara BN berfikir dalam keadaan BN
sedang menghadapi hujung-hujung usianya.
Yang saya
tahu BN lah yang akan melakukan segala kejahatan yang Mahathir,
Muhyiddin serta Rais sebutkan ini. Tanda-tanda awalnya memang kita
telah lihat. Saya sendiri mengalami diganggu oleh pihak Umno Baru
semasa berceramah di Pekan beberapa bulan yang lalu. Dimana-mana pihak
Umno Baru telah menggunakan samseng dan budak-budak jahat untuk
mengganggu ceramah dan kegiatan Pakatan Rakyat.
Jika BN
kalah budaya ini akan kita lihat dengan lebih buruk lagi. Itulah
sebabnya pihak PR telah mengecam tindakan Umno Baru dan BN yang
menzahirkan rasa ketakutan menghadapi kekalahan dengan menggunakan
samseng-samseng. Sekarang menggunakan Pekida pula untuk melakukan
kerja-kerja buruk ini bagi mengganggu proses demokrasi yang sedang
berjalan dinegara ini.
BN lah yang sepatutnya bersikap “gentleman” dan janganlah ganggu
program pihak lain. Bersedialah dengan sikap “gentleman” yang disebut
oleh Rais Yatim itu. Jika kalah, terima kekalahan itu dengan “gentleman”
dan jangan melakukan kerja-kerja hina kerana tidak dapat menerima
kekalahan yang ditentukan oleh rakyat. Kepada Rais, buatlah liputan
tentang politik negara ini dengan “magnanimous” dan hentikan membuat
liputan berat sebelah melalui RTM yang anda kuasai.
Kata-kata
seperti ini dimulakan oleh Dr Mahathir dan begitulah bunyinya Rais
memberikan respon terhadap kata-kata Mahathir yang sedang hendak
menakut-nakutkan rakyat itu. Mahathir memangnya menggunakan isu
huru-hara ini di setiap pilihanraya. Bagi Mahathir yang perlu menang
hanyalah Umno dan parti-parti halal yang lain tidak berhak untuk
mendapat sokongan rakyat.
Semua
orang tahu motif Mahathir mengeluarkan kata-kata ugutan ini tetapi saya
begitu hairan Rais, seperti Muyiddin juga, seolah-olah memilih untuk
menjadi perawi kepada kata-kata Mahathir. Kalau hendak menjadi perawi
kepada Mahathir pun biarlah ianya dilakukan oleh pemimpin yang bawahan
sedikit, tetapi Rais memilih untuk merendahkan mertabat beliau dengan
menjadi perawi kepada kata-kata Dr Mahathir ini.
Kalau
theori Mahathir mengatakan jika PR kalah keadaan akan menjadi huru-hara
ia merupakan satu ugutan kepada rakyat. Tetapi, jika kita hendak
berbahas tentang alasan Mahathir yang negara akan huru-hara jika PR
kalah telahan itu merupakan telahan yang meleset, kerana yang kalah
nanti adalah BN.
Bagaimana
huru-hara itu akan berlaku? Huru-hara akan berlaku jika BN kalah maka
yang akan melakukan huru-hara itu adalah BN terutamanya Umno. Masakan
PR yang menang akan melakukan huru-hara itu?
Dalil-dalil
huru-hara itu memang ada kerana yang akan kalah nanti ialah BN. BN
khususnya Umno telah membawa Pekida, RELA dan berbagai bagai kumpulan
silat untuk bersama Umno sekarang ini. Antaranya adalah silat gayung,
silat lincah dan bermacam-macam lagi yang sedang mendapat perhatian
Najib akhir-akhir ini.
Selain dari kumpulan silat itu, individu yang pandai bersilat pun ramai dalam Umno sekarang. Salah seorang dari yang pandai bersilat itu adalah Rais Yatim sendiri. Tetapi silat Rais ini silat politik yang sangat halus.
Selain dari kumpulan silat itu, individu yang pandai bersilat pun ramai dalam Umno sekarang. Salah seorang dari yang pandai bersilat itu adalah Rais Yatim sendiri. Tetapi silat Rais ini silat politik yang sangat halus.
Selama ini Rais bukannya kekal dalam kerajaan kerana
mempunyai kepimpinan politik, tetapi beliau ini pandai bersilat politik.
Kehalusan silatnyalah yang telah menjadikan Mohamad Hasan menjadi
korbannya sekarang ini. Nanti orang ramai akan tahu bagaimana Mohamad
Hasan dijadikan mangsa silat mahaguru silat politik terhandal ini.
Silat
politik beliau begitu hebat sehinggakan beliau berjaya menunjukkan yang
di Jelebu tidak ada seorang pun yang boleh memimpin sejak 40 tahun
dahulu kecuali beliau seorang. Tetapi ada diantara yang mengenali
beliau ini berkata yang Rais Yatim ini tidak boleh dijadikan kawan.
Dengan Rais ini, ibarat kata “nak berniaga durian” pun tidak boleh
dengannya kerana modal orang lain yang keluar tetapi untungnya dia
seorang yang kebas.
Menjadi
perawi kepada Mahathir itu adalah sebahagian dari silat beliau kerana
pilihanraya akan sampai. Lagi dekat pilihanraya lagi lincah silatnya
nanti. Sama-samalah kita tengok.
Silat boto-boto tok! — aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan