Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana Khaled menurutnya "sangat gembira apabila pelajar kita tidak dapat wang (pinjaman PTPTN)."
"Di sini kita ada seorang menteri, bila ada keputusan diambil untuk hentikan pinjaman senyap-senyap kepada seribu pelajar, (bukannya) menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan pelajar (tetapi) meraikan dan bermegah-megah mengenainya.
"Ini jelas satu perbuatan dendam," katanya lagi mengulas kenyataan Khaled di Twitter semalam.
Katanya lagi, Khaled selaku menteri pengajian tinggi seharusnya bersikap matang dan bukannya "sikap kebudak-budakan untuk berdendam dan hukum pelajar."
"(Khaled) patut matang dan bukan salah guna kuasa untuk arahkan PTPTN terjerumus dalam politik murahan Umno," katanya lagi.
Rafizi turut mempertahan tawaran Pakatan untuk memberi pendidikan percuma sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
Jelasnya, usaha berkenaan merupakan bidang kuasa kerajaan pusat kerana perkara itu perlu dibiayai dana pusat.
"Maka perubahan hanya dilaksanakan secara bersepadu oleh pusat... Seorang menteri yg jaga menara gading mesti faham bidang kuasa kerajaan negeri," katanya lagi. Khaled dalam tulisannya itu berkata Unisel sepatutnya membatalkan yuran untuk memenuhi kempen untuk memberikan pendidikan percuma.
Khaled menulis demikian malam tadi susulan laporan Malaysiakini bahawa PTPTN membekukan pinjaman untuk siswa baru Unisel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan