Ahad, 24 Jun 2012

Projek untuk kroni, ahli biasa Umno gigit jari



Oleh Idris Ahmad


Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.

Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno. 

Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja.

Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri  Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta.

Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat  RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat  RM45,000 dan suamianya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan.

Persolannya apa yang wanita Umno di kampung dapat?. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi, sedangkan anak pimpinan mereka senang lenang.

Begitu juga Raja Farhana Nong Chik mendapat projek daripada Kementerian Belia Dan Sukan sebanyak RM30.4 juta untuk membina Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar Johor.

Usia yang muda sudah menjadi jutawan. Adakah kalau beliau bukan anak Raja Nong Chik dia akan dapat?

Terbaru di dedahkan Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd yang bernilai RM128.4 juta, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah.

Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.

Untungnya menjadi anak pemimpin Umno, sedangkan penyokong Umno di peringkat bawahan hidup merempat. Macam mana Umno BN hendak membela rakyat jika sesama sendiri masih tidak terbela, benarlah bagai dikata  projek untuk kroni, ahli Umno gigi jari.

Tiada ulasan: