Oleh Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli
mengulangi pendirian menolak dakwaan Umno BN bahawa pendidikan percuma
yang diperkenalkan Pakatan Rakyat akan menghasilkan graduan tidak
berkualiti.
Beliau
berkata, soal graduan tidak berkualiti bukan disebabkan pendidikan
percuma tetapi berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri.
“Ramai juga menteri mendapat pengajian percuma…mereka tetap berjaya.
Termasuklah Perdana Menteri yang juga mendapat biasiswa dan ditanggung
kerajaan semasa melanjutkan pelajaran,” katanya disambut tepukan gemuruh
pelajar dari universiti awam dan swasta sekitar Shah Alam pada program
Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma semalam.
Dengan mengambil pendekatan dalam kehidupan seharian, Rafizi berkata,
sudah menjadi resam kehidupan akan wujud 90 peratus masyarakat yang
mematuhi peraturan dan selebihnya tidak dapat mematuhi.
“Sebagai contoh, lampu isyarat di jalan raya…majoriti orang
mematuhinya, ada segelintir sahaja yang melanggar, adakah kita patut
menghapuskan lampu isyarat ini disebabkan segelintir tidak mematuhinya.
“Begitu juga dengan pendidikan percuma, saya percaya ramai yang
menghargainya. Kita tidak patut menghapuskan pendidikan percuma
semata-mata ada segelintir menjadi malas,” tegas Rafizi lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan