MALAYSIA KINI
Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman
kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik
kerajaan Selangor.
Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.
"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.
"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu.
Malaysiakini semalam melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel mndapatkan PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling.
Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan