MALAYSIA KINI
Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada institut pengajian
tinggi Selangor disambung semula kerana kerajaan negeri itu gagal
mencari penyelesaian jangka panjang untuk memberi pendidikan percuma.
Katanya, rancangan kerajaan Selangor untuk menjual aset Universiti Selangor untuk membantu siswa berkenaan hanyalah tindakan sementara dan bukan satu penyelesaian.
"Cair aset bukan untuk digunakan beri pendidikan percuma atau subsidi yuran, hanya untuk beri bantuan sementara pelajar," katanya di Twitter hari ini.
Tambahnya, walaupun Pakatan Rakyat mahu PTPTN dimansuhkan, Universiti Selangor merayu kepadanya supaya pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik kerana diperlukan pelajar.
Unisel juga tidak bersetuju dengan tindakan siswa mereka yang menuntut PTPTN dimansuhkan dalam perhimpunan pelajar pada April lalu.
"Pihak Unisel kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan pelajarnya yg berdemonstrasi mahu mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka tempoh hari
"Unisel telah merayu menyatakan betapa pentingnya PTPTN kepada pelajar, saya amat bersetuju, PTPTN perlu diberikan kepada pelajar."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan