MSO
[kemaskini] Maaf
saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan kini baru dapat
mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Setar di sepanjang siang dan
malam tadi. Perjalanan dengan kereta berkelanjuan 130 hingga 140 km
perjam (bukan saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi.
Sebaik sampai depan rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon
mangga, berkicau riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan
saya dengan riang gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang
masih berkembang ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium
Darul Aman Kedah itu.
Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari
surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui akan
keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau kicau
mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting ini.
Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaan Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.
Saya bersama tiga rakan, sdr Rushdan Mustapa, Zulaimi Kazin dan Sabree
Shaffei bertolak jam 3:40 petang kelmarin dari rumah di Wangsa Melawati
KL menuju ke Alor Setar. Terima kasih kepada mereka bertiga kerana
memungkinkan saya menghadiri himpunan penuh bermakna dan bersejarah itu.
Mulanya sudah keberatan untuk pergi kerana kaki di serang "Umno" dengan
tiba-tiba. Namun kerana semangat dan keinginan membuak-buak dalam jiwa
akhirnya sampai juga saya ke Alor Setar setelah mengambil suntikan di
klinik dengan bantuan sdr Rushdan dan Zulami.
Rushdan dan Zulaimi bersungguh membawa saya ke klinik bagi memastikan saya dapat ke Alor Setar.
Sepanjang perjalanan saya banyak tidur sambil mengulik kesakitan, itu
pun sempat lagi menjamah gambing panggal di restoran Puncak Mutiara di
Kampung Pelek.
Nah, ternyata pengorbanan kawan dan kesungguhan diri tidak
mengsia-siakan. Di Alor Setar, himpunan raksasa yang dinamakan Himpunan
Hijau Ke Putrajaya menjadikan saya lupa segala sakit dan kepedihan yang
ditanggung. Deruan dan laungan takbir menghilang lenyapkan kepedihan di
kura-kura kaki. Anih saya dapat menapak dan memanjat tangga ke astaka di
dalam stadium dengan mudah dan lancar.
Sorakan, takbir dan segala macam bunyi-bunyian mengegakkan stadium
dengan lambaian bendera bulan dan disulami beberapa bendera negeri
Kedah, Terengganu, Kelantan dan lain-lain menyebabkan saya seakan
diberikan seribu kegagahan ikut sama mahu berjalan ke Putrajaya.
Benarlah kata orang kalau sudah ada semangat semua masalah dapat
diatasi. Yang berat dapat dipikul yang ringan apa lagi. Memang kita ini
hidup dengan jiwa bukannya dengan wang ringgit dan kekayaan lain. Belum
tentu kalau kita punya wang bergunung tetapi kalau jiwa kering kita
tidak akan peduli dan peka kepada nasib dan dunia di luar diri kita.
Sakit, pedih, letih dan sebagainya tidak dihiraukan lagi. Belum pernah
saya saksikan apa yang berlaku di stadium Darul Aman kira-kira 10 jam
lalu. Pemandangan itu pernah saya saksikan di stadium Sultan Muhammad Ke
IV Kota Bharu beberapa kali, tetapi bukan di tempat lain.
Saya rasa itulah pertama kali stadium berkenaan dipenuhi dengan lebih
100,000 manusia yang seragam, sejiwa dan sedestinasi. Mereka berpakaian
hijau, ditangan terpegang bendera besar dan kecil melaungkan takdir
Allhuakbar... Allhuakbar dan bersorak keseronokan. Mendamaikan mereka
berhimpun dengan penuh tertib terni dan harmoni. Setiap arah yang
dipandang ke stadium itu mata akan menjamah kibaran bendera rakyat
seolah-olah mereka mahu terlepas dalam satu penjara yang membelenggu
mereka sebelum ini dan ingin bebas...ingin bebas.
MasyaAllah...Mereka berpadu suara dan berpadu warna menjadikan seluruh
stadium diselubungi warna hijau mendamai dan membahagiakan. Sekali
sekali bila mendengar sorakan desakan, mereka laksanakan singa dan
harimau yang lapar ingin menerkam sesiapa saja di pendosa.
Bukan saja saya, bahkan setiap orang yang berada dalam stadium saya
pasti bulu roma mereka meriding berdiri dan lengan menjadi
berbintik-bintik kerana terpukauan dengan suasana. Stadium yang boleh
memuatkan penonton sebanyak 45,000 itu penuh sesak. Tiada seinci ruang
yang kosong. Begitu juga di atas padang sendak yang dianggarkan 10,000
yang duduk tanpa menghiraukan keadaan padang yang agak becak kerana pada
siangnya disirami hujan. Manakala di luar pula mereka yang tidak dapat
masuk dianggarkan 40,000 sambil menyaksikan apa yang berlaku di dalam
stadium menerusi beberapa skrin besar yang tersedia.
Sukar untuk membayangkan seramai mana manusia sebenarnya! Yang jelasnya
himpunan yang mensasarkan 100,000 itu mencapai matlamatnya. Kesesakan
jalan raya berlaku sepanjang 10 km di beberapa batang jalan menuju ke
stadium. Para peserta berjalan berduyun-duyun ada yang membawa anak,
membimbit kakek dan nenek manakala yang muda pula lincah berjalan sambil
bergurauan menuju ke stadium.
Melihat kepada ratusan buah bas berplat luar yang diparking di sepanjang
jalan atau mana-mana tanah lapang menunjukkan mereka datang dari luar
Kedah. Dari jumlah 100,000 itu bolehlah diagakkan 50,000 rakyat Kedah
menakala selebih dari luar dan dari seluruh negara.
Boleh disifatkan himpunan malam tadi adalah kedua terbesar selepas
himpunan Bersih 3.0 yang baru lalu. Bahkan himnpunan semalam lebih
bermakna lagi khasnya buah Pas kerana hampir semua yang berhimpun dan
bermunajat adalah bangsa Melayu. Himpunan Hijau itu sudah tentu
menjadikan tidur Najib Razak terganggu ini menyebabkan parlimen dijangka
dibubarkan dalam sehari dua ini akan tertengguh lagi dan tertangguh
lagi..... Dari sudut lain himpunan itu secara tidak langsung
menyerlahkan kekuatan dan semangat orang Pas (Melayu dan Islam).
Pas harus berbangga dengan apa dicipta semalam. Dengan apa yang berlaku
semalam juga wajar kalau Pas merasakan bahawa ia berhak dan mampu untuk
mengganti Umno menjadi pembela agama dan bangsa. Manakala Umno pula
seharusnya merasa gerun dan jangan lagi sesekali cuba memperbudakkan
Pas. Hari ini walaupun Umno lahir lebih awal dari Pas tetapi hakikat
mereka sudah setanding dan perlahan-lahan Pas sudah melewati masa lampau
Umno yang pernah gemilang.
Maaf... berikan saya untuk berihat dan akan saya sambung cacatan dan
ulasan mengenai Himpunan Hijau ke Putraja ini menjelang tengah nanti
sesudah saya pulang dari satu majlis penting di ibu negara. Di sini saya
hidang beberapa keping gambar tanpa mengikut kronologinya teristimewa
untuk penjenguk blog Merah Tinta. Saksilah gambar dari buah tangan saya
sendiri. Ohnya di Fb saya ada saya masukkan klik video yang sempat saya
rakam. Horas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan