Harakahdaily, |
|
Bahkan, ia berlaku sebaliknya, kata bekas Menteri Penerangan yang kini menjadi Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar).
"Walaupun terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi apa yang sedang berlaku adalah sebaliknya.
"Semua dapat melihat dan faham keadaan ini dan ini menjadi perbualan rata-rata. Keadaan ini jelas semakin hari semakin buruk.
"Oleh itu rakyat sememangnya berhak untuk merasa kecewa dan terdesak untuk bertindak," kata Kadir dalam satu kenyataannya hari ini.
Dalam kenyataannya, Kadir berkata,dia tertarik dengan kenyataan terbuka yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO disemua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau krooni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat.
"Saya mengalu-alukan kenyataan berani ini yang dibuat bukan sahaja oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi tetapi juga seorang Menteri penuh.
"Percayalah, perasaan yang sama juga ada kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat termasuk juga ramai orang kenamaan lain dan ramai bekas Menteri," kata Kadir.
Menurut beliau, di antara cara-cara yang dipilih ini adalah menerusi kontrak-kontrak perundingan terus dan juga projek penswastaan.
Namun, katanya, dalam sistem kontrak tawaran terbuka pun ada cara-caranya untuk memenangi tawaran dari syarikat-syarikat nominee atau kroni pihak-pihak yang berkuasa.
"Akibatnya rakyat telah kerugian berpuluh-puluh billion ringgit disebabkan penipuan, ketirisan dan pembaziran," tambah beliau.
Menurutnya juga, projek-projek tertentu dan projek penswastaan sengaja diada-adakan dan mendapat kelulusan sedangkan projek-projek ini dari segi keutamaan tidaklah begitu penting atau diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan