Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, forum tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan penyusunan industri air di Selangor seperti termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Menurutnya, Akta 655 membolehkan perjanjian di antara syarikat konsesi air digantikan dengan usaha penyusunan semula air di negeri ini. "Sebelum ini, kita dikhabarkan bahawa Selangor akan mengalami krisis air dan kerajaan Malaysia terpaksa membina terowong untuk menyalurkan air dari empangan di Pahang.
"Namun, berdasarkan forum ini, jika akal kita panjang dan mengambil kira cara yang lain, nampaknya air dari Pahang bukanlah satu isu serius kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan penggulungan Forum Air Selangor 2012, di sini, semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah membuat beberapa cadangan sekiranya perjanjian ini dimansuhkan dan penyusunan semula air dilakukan, tarif air hanya akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus.
"Ini berbeza jika perjanjian ini diteruskan, kerana harga air perlu dinaikkan sehingga 52 peratus," katanya. Ketika ditanya apakah langkah terakhir Kerajaan Negeri sekiranya penyusunan semula air ini tidak dapat dilaksanakan, beliau berkata, pihaknya akan perjelaskan kepada rakyat tentang situasi sebenar isu ini.
"Langkah terakhir kita adalah bertemu dengan Kerajaan Pusat bagi mendesak mereka menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Namun, jka ini tidak berhasil, saya akan perjelaskan perkara ini kepada rakyat Selangor apa yang Kerajaan Negeri telah usahakan," katanya.
Berhubung ketiadaan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam forum itu, Abdul Khalid menegaskan syarikat konsesi air itu tidak dijemput kerana pernah menyaman Kerajaan Negeri. "Kita hanya menjemput mereka yang akan memberikan kita maklumat dan menolong usaha penyusunan semula industri air di Selangor," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan