Sekali pandang, seakan meneliti halaman
di majalah Playboy versi Malaysia, majalah Mangga. Dua kali pandang
rupa-rupanya ia adalah merupakan sebahagian halaman daripada Berita Harian Metro
Online versi paparan tablet. Gambar-gambar ini telah dihantar oleh
seorang pengirim email kepada Berita Semasa yang boleh kami katakan agak
menyayat hati berbanding orang mati bergelimpangan di jalan raya….
Apa tidaknya, orang mati yang di jalan raya pun ditutup seluruh badannya dengan rapi akhirnya berbanding……Errm…
Kami tidak pasti, adakah Harian Metro
sudah kehilangan keyakinan untuk terus menerajui takhta sebagai akhbar
paling popular di Malaysia ataupun merupakan satu lagi strategi mahu
“memerangkap” sekaligus meningkatkan kelompok pembaca Berita Harian
Metro online pula?
Mengapa tidak mengikut contoh Sinar Harian contohnya. Kami tidak katakan Sinar Harian adalah yang terbaik tetapi bezanya di sini mereka acapkali cuba membuktikan yang terbaik
kepada pembaca mereka amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Baru-baru
mereka sekali lagi berjaya menganjurkan wacana yang sihat dan segar
melalui debat antara Datuk Saifuddin Abdullah VS Datuk Salahuddin Ayub .
Tahniah kami ucapkan. Ya…kami sendiri
juga suka membaca Sinar Harian terutamanya debat-debat dan forum isu
semasa yang seringkali diadakan….Sukarkah berita Harian Metro
online untuk mencontohi apa yang baik dan diterjemahkan kepada
pengolahan berita yang lebih berilmiah dan berguna kepada pembaca?
Adakah tanpa paparan gambar seksi seperti ini yang jelas sekali pihak Berita Harian Metro mempergunakan dan mengekplotasikan tubuh badan gadis muda ini untuk dijadikan paparan golongan lelaki contohnya.
Kami tidak pasti pada paparan tablet
bagi berita Harian Metro online merujuk kepada gambar di atas ini,
adakah benar cita-cita yang dicatatkan untuk menjadi usahawan berjaya
merupakan realiti atau sekadar nukilan penyedap rasa sahaja? Ini kerana
berdasarkan aksi dan lenggoknya di depan lensa kamera seakan seperti
mahu ”menjerat” usahawan berjaya pula? Benarkah?
Kata orang, apabila kita nak makan berkhasiat itu pastikan ia sentiasa terjaga dan ditutup dengan tudung saji, takut-takut dihinggapi lalat. Ramai yang tidak mahu mengambil risiko. Tetapi ada juga “yang tak ambil pusing”
Pilihan ditangan si empunya badan.
Tengok pun sudah besar panjang. Akal sudah ada dan jika masih ada lagi
sedikit iman yang terselit hasil didikan selama ini, gunakaan dan
pertahankanlah.
P/S : Tiada guna kerajaan berulangkali berusaha keras membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja hari ini tetapi
malangnya platfrom media arus perdana yang popular seperti Berita
Harian Metro online lebih gemar memberikan liputan gambar-gambar seperti
di atas di dalam kandungan berita mereka.
PP/S : Kami masih lagi menanti saat di mana Allahyarham Tan Sri Mohamed Bin Rahmat
ketika menjadi Menteri Penerangan cukup tegas etika pemakaian di
hadapan lensa kamera dan di kaca televisyen. Agak ketat. Sekarang? Kami
masih menunggu lagi tindakan drastik daripada pihak yang sepatutnya
bertanggungjawab. Atau mahu menunggu gadis ini sudah berani memakai
__________ & _____________ sahaja baru kita semua mahu melatah?
PPP/S : Anggap kata-kata kami ini ingin melihatkan Berita Harian Metro
menjadi lebih baik daripada hari ini. Teguran tidak semestinya mahu
menjatuhkan tetapi bezanya di sini jika teguran itu diambil daripada
sudut pemerhatian yang positif, Insyaallah tanpa paparan gambar-gambar
seperti di atas ini pun kami pasti Harian Metro tidak akan sama sekali
kehilangan pelanggan dan pengikut setia mereka…Apa pemerhatian dan
respon anda pula di sini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan