Selasa, 19 Jun 2012

Bekas Menteri Pula Sertai Pas

MSO

Pas bagaikan saham syariah yang baru disenaraikan di bursa saham ia kini mendapat perhatian semua pihak. Bukan saja artis, pegawai tertinggi polis atau diplomatik tetapi bekas menteri juga turut sama memilih Pas sebagai wadah perjuangan dan dakwah.


Salleh Jafaruddin
Terbaru Harakahdialy melaporkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Salleh Jafaruddin dari Sarawak pula telah menyertai Pas. Beliau telah menyerahkan borang keahlian Pas kepada Presiden Pas Abdul Hadi Awang di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut hari ini.

Menurut Salleh pilihan kepada Pas itu ialah selepas beliau bermesyuarat (bertemu) dengan ahli Parlimen Pas bulan lepas menyebabkan beliau berfikir, istikharah untuk mendapat petunjuk dari Allah.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk Pas," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lepas.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.


Sudah pasti dengan penyertaan Salleh ia akan menyemarakkan lagi perjuangan Pas khususnya di Bumi Kenyalang. Tahniah dan syabas kepada Salleh.

Tiada ulasan: