MUHYIDIN nampaknya begitu tertekan untuk menghadapi kebangkitan rakyat
yang luar biasa dan tidak sabar menanti Parlimen dibubarkan. Nampaknya
kenyataan si lembam ini semakin lama semakin tolol jadinya. Bermula
dengan dakwaan beliau bahawa peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya
yang baru berakhir di Alor Setar, Kedah baru-baru telah diupah
sebagaimana peserta-peserta BERSIH 3.0 juga telah diupah.
Sememangnya mentaliti pemimpin Umno adalah `upah' dan 'upah'. Mereka
anggap semua rakyat adalah berotakkan lembu seperti mereka. Justeru
itu, tidak pelik kebelakangan ini mereka mengumumkan `upah' demi `upah'
kepada rakyat agar rakyat bisa dilembukan. Dari segenap bandar dan
kampong hingga ke kawasan felda, tidak terkecuali akan cuba di`upah'
oleh puak ini. Tanpa `upah' siapa lagi mahu sebut nama Umno?
Terbaru, si lembam terus menunjukkan kebodohannya yang tidak kurang
dengan kebodohan Mahathir Kutty. Si lembam ini bersetuju dengan
pendapat Mahathir Kutty bahawa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan
datang, maka PR akan membuat huru-hara dengan demontrasi. Kedua-dua
tokoh yang otaknya terletak di kepala lutut ini tidak sedar bahawa sudah
berapa kali Pembangkang tewas di dalam PRU dan telah berapa banyak
rekod yang menunjukkan Pembangkang melakukan huru-hara. Baca di SINI.
Pertamanya, jika kita mahu mengguna pakai teori mamak Mahathir Kutty dan
si lembam itu bahawa jika PR tewas di dalam PRU akan berlaku huru-hara,
maka untuk mengelakkan berlakunya huru-hara adalah lebih lojik diberi
kemenangan kepada PR. Ertinya, jika PR menang dan menjadi Pemerintah
maka tiada berlaku huru-hara.
Keduanya, dakwaan si lembam bahawa semua peserta Himpunan Hijau Menuju
Putrajaya telah diupah, maka secara tidak langsung si lembam mengakui
kekuatan kewangan PAS. Bayangkan jika belum menjadi Kerajaan Pusat lagi
PAS telah memiliki dana yang begitu banyak, maka lojiknya PAS atau PR
tidak mempunyai masalah untuk memimpin negara ini. Pendek kata, PAS
bukan parti lekeh atau parti yang sentiasa mengharapkan derma, bahkan
PAS yang memberi `upah' kepada setiap yang hadir. Ertinya, dakwaan Umno
selama ini bahawa PAS adalah parti mengutip derma ternyata bercanggah
dengan dakwaan Muhyidin.
Jelas, Umno semakin terdesak sehinggakan kenyataan pimpinan mereka
menjadi bahan ketawa rakyat. Maka lojik dan munasabahlah pemimpin Umno
amat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang kerana jika ini lah
standard hujah pimpinan Umno, aku gerenti Najib atau Muhyidin akan
terkincit di atas pentas debat itu nanti./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan