Ahad, 27 Mei 2012

Umno Panik dan ‘Tungging Punggung’; Wahid Ulangi Cabar MB Terenganu Debat



Skuad BO  


KUALA NERUS – Umno danBarisan Nasional (BN) menjadi ‘panik’ dengan perkembangan politik yang menyebelahi PAS dan Pakatan Rakyat, menyebabkan parti itu mengambil tindakan yang memalukan dan diluar pemikiran yang waras.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut antara tindakan ‘memalukan’ yang dilakukan oleh Umno termasuk menuduh PAS sebagai pati ajaran sesat, memanggil rakyat dengan gelaran ‘haram jadah’, menggelar Mursyidul Am PAS sebagai ‘bapa segala kafir’.

“Nampak dia (Umno) menggelabah Najib pulak ada dikalangan peneroka tak setuju nak menyenaraikan Felda Global Venture, dia panggil peneroka ‘haram jadah’, ini menggambarkan kepada kita sekarang ini Umno cukup menggelabah,

“Umno panik kita nampak sangat bila dia panic dia buat benda-benda yang diluar  pemikiran yang waras (selepas) dok tuduh ajaran sesat, dok tuduh bapa kafir bila bila kita buat Bersih 3.0 berjaya, tindak balas tak cerdik dia pakat pergi rumah Ambiga pakat ‘tungging punggung’!,”kata Haji Wahid.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Majlis Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Batu Rakit pada Jumaat 25 Mei, di restoran as-Syakirin, dekat sini.

Menurut Hj Wahid walaupun Umno melemparka pelbagai tusuhan terhadap PAS tetapi semakin ramai yang menyertai PAS termasuk golongan cerdik pandai dan profesional.

Justeru kata belia, sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat dapat mengekalkan ‘momentum’ sokongan rakyat dan memiliki dana yang cukup, InsyaAllah PAS akan menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Sementara itu, Haji Wahid mengulangi cabaran debat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berdebat mengenai isu-isu setempat sebagai reaksi positif beliau terhadap penganjuran Debat Sinar, Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, debat di peringkat negeri membabitkan beliau dan Ahmad perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah terutama membabitkan pembangunan dan sebagainya yang menjadi persoalan sehingga kini.

Wahid berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa sahaja sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.

“Kalau di Terengganu debat boleh dilakukan antara saya dan Ahmad Said. Bila-bila masa sahaja. Kalau berbahas dalam Sidang Dun tidak sempat cakap sudah dipotong,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah politik di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas Terengganu.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Wahid turut mencadangkan bahawa debat perlu berkisar pada isu yang membabitkan hak rakyat.

Beliau turut mencadangkan isu runtuhan bumbung bangunan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang tidak diketahui status sebenar sehingga kini dan juga penarikan balik saman royalti minyak terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat.

Katanya, debat akan membantu kedua-dua pihak mengupas persoalan yang berlaku secara lebih menyeluruh.

“Kita berdebat mengenai isu Terengganu seperti stadium runtuh, royalti minyak tarik balik. Sedangkan itu hak rakyat Terengganu dan saya sanggup, apatah lagi dengan Ahmad... bila-bila masa,” katanya.

Tiada ulasan: