Sabtu, 5 Mei 2012

Mainan minda: Jika Mahathir silap, tidak akan ada lagi tragedi 13 Mei

  Moaz Nair, Malaysia Chronicle

Negara ini di perintah dengan sistem 2 parti yang berjalan lancar untuk negara. Berbeza dai parti2 politik tahun2 yang lampau, kedua parti gabungan tersebut-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)- diwakili oleh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, dengan kedua nya di dominasi oleh etnik Melayu, yang membentuk golongan majoriti negara ini.

Kebijaksanaan rakyat telah membawa kepada kewarasan politik sebegini.Untuk pilihan kerajaan yang lebih baik, sistem ini patutu kekal di negara ini, Umno atau BN tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya parti yang mewakili semua rakyat.

Untuk selamatkan UMNO

Dengan setiap gabunag diwakili oleh semua kumpulan etnik, rakyat tidak akan dengan mudah tersasar ke arah satu lagi kekacauan ber darah antara kaum seperti rusuhan provokasi tahun 1969 . Pendapat Mahathir Mohamad mengenai isu 13 Mei, sebagaimana dilaporkan, masih dipengaruhi fahaman lama nya yang tidak wajar,yang mana sudah tidak relevan lagi dalam situasi konteks politik semasa. Peringatan mengenai 13 Mei sebelum pilihanraya umum ialah cara Mahathir mengejutkan rakyat supaya tidak mengundi pembangkang- satu skim politik untuk menyelamatkan UMNO dari terus tenggelam.

Mahathir memang sedar kegagalan Najib sebagai pemimpin. Jujurnya,Mahathir tidak menyukai Najib sebagai pemimpin UMNO tetapi lebih sayangkan UMNO. Tapi kejatuhan Najib sudah tentu mengakibakan kejatuhan UMNO, jadi Mahathir bekerja keras untuk selamatkan UMNO dari menjadi burung “dodo’, dan beliau tidak boleh bergantung kepada Najib semata-mata untuk menyelamatkan UMNO. Lawatan terbaru Shaaribu Setev, bapa mendiang Altantuya (muag rohnya dalam ketenangan) dan komen spontan nya berkenaan peristiwa yang membawa kepada kehilangan anak perempuan kesayangan nya di Malaysia terus menjatuhkan reputasi Najib.

Mahathir menggunakan insiden 13 Mei sebagai alasan untuk memastikan UMNO masih berkuasa sudah menjadi satu ‘cliché’. Cara menakut nakutkan sebegini tidak lagi berhasil kepada generasi baru rakyat Malaysia. Pembangkang hari ini bukan lagi mementingkan diri dan tidak boleh disamakan dengan pembangkang era 60an. Pembangkang kini di dominasi oleh kaum Melayu yang membentuk majoriti dalam PAS dan PKR. Malah DAP ialah pari berbagai kaum yang mempunyai ramai ahli dan penyolong dari kaum Melayu, berbanding MCA.

Negara ini secara relatif nya lebih stabil, bukan kerana ketakutan kepada sebarang perselisihan antara kaum tetapi kematangan dan tolak ansur kaum majoriti. Tahap toleransi adalah tinggi dikalangan semua laum dan agama. Tambahan lagi, darah semua kaum di negara ini mengalir dalam semua bangsa campuran di negara ini setelah 6 dekad merdeka. Ada pertimbangan untuk rakyat Malaysia dari kumpulan etnik berlainan kerana perkahwinan campur. Rakyat dari berbagai kaum mula menerima yang semua rakyat ada tempat di negara ini dan tidak ada satu bangsa pun yang patut mendominasi bangsa lain dalam semua aspek kehidupan samada ekonomi, politik atau sosial. Dan golongan minoriti tidak patut ditindas atau di pinggirkan.

Golongan miskin

Sebelum atua ketika insiden 13 Mei berlaku- hanya 12 tahun selepas merdeka- rakyat negara ini berpuak-puak. Negara ini terbahagi kepada dua bahagian politik iaitu kaum Melayu di satu pihak dan bukan Melayu di pihak yang satu lagi. Latarbelakang politik semua parti ketika itu tidak sesihat apa yang terdapat di negara ini pada masa kini. Rakyat ketika itu menganggap negara ini sebagai kepingan mozek, dan bukan nya satu tempat untuk bercampur. Intergrasi bukan keutamaan setiap parti politik zaman itu. Politik ketika itu ialah jenis cantas mencantas dimana ramai oportunis dari kedua pihak dalam bahagian politik tersebut gilakan kuasa dan mengabaikan realiti komposisi berbagai kaum negara ini.

Rakyat juga terbahagi secara ekonomi.Kebanyakan nya-kaum Melayu dari kampung, kaum Cina di kampung 2 baru dan kaum India di estet- tergolong dalam kemiskinan. Jurang antara yang kaya dan yang miskin sangat luas. Bila majoriti kaum Cina dari kawasan bandar mendominasi ekonomi dan pendidikan, kaum Melayu,India dan golongan miskin Cina kebanyakannya berpendapatan rendah dan bekerja di sektor pertanian yang kurang menguntungkan seperti menjadi petani, nelayan dan buruh. Ramai golongan muda Melayu letika itu tidak dapat melihat realiti masyarakat majmuk yang menganjurkan perpaduan dan kemajuan masyarakat.

Tidak syak lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan selepas 13 Mei itu perlu dan mennyumbang kepada keamanan,kestabilan dan kemajuan. Namun, ia tidak dilaksanakan mengikut semangatnya yang asal. Akibatnya,ia memburukkan lagi perpecahan dan tiada perpaduan antara rakyat hari ini dan seterusnya bercanggah dengan tujuan utama DEB sebagaimana yang diilhamkan oleh perancangnya. DEB berjaya dan pada mas ayang sama gagal. Ia berjaya untuk golongan Bumiputra tertentu yang mempunyai hubungan dari segi ekonomi.Tetapi bagi kaum Melayu,India dan Cina yang miskin, mereka masih di takuk lama.

Bagaimanapun, hari ini, Bumiputra ada diwakili dalam semua profesion utama dan mendominasi semua peringkat dalam sektor awam. Juga terdapat kesedaran dan kestabilan ekonomi dan sosial, tetapi ini menjejaskan intergrasi dan perpaduan nasional. Sebahagian besar kaum bukan bumiputra dipingirkan. Jika DEB dilaksanakan mengikut semangat dan tujuan asalnya, mungkin sudah tiada lagi golongan miskin.

Pemerintahan yang buruk, rasuah dan perasaan tamak

DEB disalahguna bila golongan minoriti yang mempunyai kaitan politik beroleh untung atas kesempatan golongan majoriti. Rakyat yang paling terasa tempiasnya ialah golongan yang sepatutnya dibantu melalui DEB- golongan miskin dari semua kumpulan etnik. Dan hari ini , terdapat jurangan pendapat yang nyata dikalangan kaum Melayu, dan antara kaum Melayu dan bukan Melayu.

Perlaksanaan sambil lewa polisi DEB melalui pemerintahan yang buruk, rasuah dan rasa tamak menghislkan satu golongan yang mengdapatkan untung yang sepatutnya menjadi hak golongan miskin dan tidak ber kemampuan dari semua kaum.Disini lah Umno telah menghampakan negara.

Parti2 politik di negara ini tidak didominasi oleh pemimpin2 yang jujur sejak tahun 60an. Ahli politik terlalu taksub dengan part mereka sendiri yang mewakili satu kaum atau agama sahaja. Dominasi kaum atau agama lah yang mewarnai agenda politk ketika itu. Bagaimanapun, semua elemen ini telah berubah sejak 33 tahun selepas 13 Mei. Ramai rakyat hari ni mahu melihat realiti masyarakat majmuk berbagai kaum tanpa ada kumpulan yang menganjurkan politik yang didominasi perkuamnan atau agama.

BN sepatutnya mengurangkan politik berpuak-puak ini. Sebelum 13 Mei 1969, 3 parti politik etnik yang membentuk Perikatan-UMNO,MCA dan MIC. Tapi masih seperti ‘utopian’ kerana ahli politik BN tidak puas hati dengan banyak isu-isu yang mengutamakan satu kaum sahaja. UMNO sebagai yang paling dominan dan kaum Cina dan India di pinggirkan dalam banyak sektor ekonomi dan sosial negara ini.

Diwakili oleh kaum Melayu juga

Idea untuk 2 parti tidak di promosi dengan cukup ketika itu.Parti politik lebih menumpukan untuk menjatuhkan antara satu sama lain, dengan persepsi mereka boleh memerintah dengan parti berasakan kaum. Politik hari ini berubah kepada satu entiti yang semakin matang dengan kebanyakan parti politik diwakili oleh semua kaum. UMNO di satu pihak dan PAS bersama PKR disatu pihak lagi mempunyai lebih kurang 50 peratus penyokong Melayu setiap pihak dan ini menunjukkan orang Melayu diwakili secara adil oleh parti2 politik Melayu. Kaum India dan Cina juga terbahagi kepada dua kem. BN dan PKR.

Jika Melayu UMNO terus abaikan rakyat dengan anggapan hanya dengan Umno lah dunia orang Melayu,Islam dan raja akan dilindungi, Pakatan juga boleh mmebuat kenyataan sama kerana ia juga diwakili oleh orang Melayu. Beza nya Cuma bila UMNO menggunakan isukaum, agama dan raja untuk menipu rakyat bagi terus berkuasa, PR tidak menggunakat helah begitu untuk meraih sokongan rakyat.
Kepada pembangkang, keadilan sosial ialah yang utama. Golongan miskin, tanpa mengira kaum dan agama, tidak akan dipinggirkan. Islam diterima sebagai agama resmi dan isu Raja tidak timbul, kerana perlembagaan telah menyatakan sejelasnya kedudukan mereka di negara ini. Tiada persolan untuk menukar negar aini kepada repuplik kerana sistem monarki masih menjadi warisan di negara ini.

Syaitan yang lebih mulia antara keduanya

Tambahan pula, kerajaan yang boleh menggantikan BN akan lebih kurang diwakili oleh wakil kaum yang sama. Pembangkang tidak boleh dilihat sebagai mewakili satu kaum sahaja. Ini yang membawa kepada situasi politik ideal dinegara ini- kebangkitan sistem dua parti untuk memenuhi spektrum rakyat yang lebih meluas.

UMNO’s game on race and religion to scare the non-Malays is no more sellable. If Mahathir feels it’s the fear of race riots recurring that has helped to keep the BN parties together, PR too can be kept together for the same reason. PR has to be reckoned with seeing the success of the states governed by this coalition. There is peace and stability in all the states under PR despite all the racial and religious provocations made by the sore losers after the 2008 general election.

Permainan perkauman dan agama UMNO bagi menakutkan orang bukan Melayu sudah tidak laku. Jika Mahathir rasa ketakutan akan berulangnya rusuhan kaum membantu parti2 dalam BN bersatu, PR juga boleh terus bersatu dengan alasan yang sama. PR sudah dilihat berjaya memerintah negeri2 yang di kuasainya. Terdapat keamanan dan kestabilan di negeri2 dibawah PR walaupun ada provokasi perkauman dan agama yang dibuat oleh mereka yang tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihanraya 2008.

Rakyat di negeri2 ini tidak bertindak terburu-buru terhadap provokasi yang berbaur politik. Insiden kepala lembu (2008) kerana penempatan semula kuil Hindu di Selangor tidak mengundang sebarang reaksi negatif dari masyarakat Hindu, insiden cubaan membakar gereja di beberapa bahagian di negara ini tidak mencetus peranga agama antara orang Islam dan orang Kristian, kecaman terhdapa Kristian tidak mencetus rovokasi kepada golongan minoriti Kristian, beberapa insiden bangkai babi di lontar ke kawasan masjid tidak berakhir dengan orang Islam bermusuh dengan kaum Cina. UMNO dan rakan subahat mereka- terlalu nak menang dan dengan berbagai modus operandi- cuba mencetuskan ketidak amanan dikalangan rakyat tapi terus gagal.

Tanpa peranan UMNO

Ada kecenderungan untuk provokasi kecil berlaku jika UMNO kalah besar dalam PRU akan datang.Tapi ini akan di sesuaikankan oleh rakyat yang berfikiran rasional- bangsa Melayu dalam Pakatan terutamanya. Tiada sebab untuk kaum kaum lain merasa takut dengan taktik kejam UMNO. UMNO kini mesti menerima hakikat bahawa ia tidak lagi mewakili semua bangsa Melayu di negara ini.PAS dan PKR juga mewakili orang Melayu. Faktor ini sahaja sudah cukup untuk meneutralkan seluruh proses politik negara.

Negara ini sudah keraha negara dimana seluruh rakyat diterima sebagai warganegara. Mereka mahu mengambil bahagian dengan cara aman dan demokratik. Hari ini, bila negara melihat PAS dan PKR bekerjasama dengan DAP, tiada rungutan dari orang Melayu atau kebimbangan yang DAP akan menetang mereka. Mereka, dengn cara tersendiri, meneutralkan DAP dalam politik Malaysia. Permusuhan yang wujud sejak tahun 60an antara orang Melayu dan orang Cina tidak dapat dinafikan sudah tiada lagi.

P.Pinang di bawah Lim Guan Eng membuktikan rakyat dari semua kaum (0. 670 juta Melayu,0.659 juta Cina dan 0.155 juta India) dan agama boleh hidup aman walaupun tanpa UMNO.Selangor di bawah Khalid Ibrahim terbukti yang negeri berpenduduk 5.46 juta , terdiri dari 2.81 juta Melayu, 1.44 juta Cina dan 0.670 juta India, berjaya hidup harmoni tanpa peranan UMNO. Jadi UMNO tidak boleh mendakwa hanya UMNO saja parti yang membawa keamanan dan kestabilan di negara ini.

Mereka tidak lihat perkauman sebagai ancaman

The country now belongs to all Malaysians – with all races respecting one another. There are opportunities for all as what is being practised in Penang, Selangor and other states under PR even if the process of adjusting to this new social reality is going to take some time. For sure, no Malaysians will be marginalised. The majority Malays of today are sensible enough, as they know that they will not be left in the doldrums with such changes taking place. They will evolve to become a respectable race – away from any form of feudal indoctrination by UMNO – to be able to face healthy completion in life.

Negara ini sekarang kepunyaan semua rakyat Malaysia- semua kaum menghormati antara satu sama lain. Peluang terbula untuk semua sebagaimana yang diamalkan di Pulau Pinang,Selangor dan lain2 negeri dibawah PR walaupun proses penyesuain kepada realiti sosial ini mengambil masa. Sudah tentu tiada rakyat Malaysia akan terpinggir.

Tanda2 yang positif kepada negara ini sekarang bila bangsa Melayu tidak rasa terancam bekerja dengan kaum2 lain. Mereka tidak lagi melihat laum lain sebagai ancaman kepada negara tetapi rasuah berterusan dan pemerintahan buruk oleh UMNO yang mengganggu kesedaran mereka. Orang Melayu bersatu dengan kaum lain untuk memerangi salahguna kuasa oleh UMNO dan memulakan entiti politik alternatif di negara ini bagi menentang UMNO . Secara statistik, pembangkang hari ini lebih mewakili kaum Melayu, berbanding kaum Cina dan India.

Isu yang Melayu ,Islam dan Raja akan terkesan jika pembangkang memerintah Cuma helah politik UMNO untuk menipu orang Melayu. Tiada sesuatu bangsa yang boleh memimpin negara tanpa sokongan bangsa lain.Ini lah sebab BN di tubuhkan.Dan untuk sebab sama Pakatan ditubuhkan. Isu nya sekarang bila BN entiti yangbergelumang rasuah dan tidak berupaya,maka ada entiti alternatif untuk rakyat memberi mandat. Ini lah sebahagian proses demokrasi.

Jika UMNO rasa hanya mereka boleh menjamin kepentingan kaum lain, PR sebagai parti berbagai kaum juga percaya hal yang sama. Tapi bila UMNO dilihat hanya memberi janji manis mereka, PR kelihatan bertindak seperti yang mereka janjikan. Ini terbukti di semua negeri dibawah Pakatan.Ini perbezaan UMNO dan PR.

Pilih Melayu yang lebih baik untuk mentadbir Negara

UMNO yang gila kuasa, sudah tentu gembira jika gabungan Pakatan runtuh dan memberi jalan kepada sistem satu parti. Ini tidak akan terjadi, kerana satu ketika dulu gabugan rapuh PAS,PKR dan DAP telah berkembang kepada satu entiti stabil- yang tidak goyah, malah menjadi alternatif kepada BN dalam senario terkini.

Rusuhan kaum yang diprovokasi berlaku pada 13 Mei 1960. Ia dicetuskan selepas parti pembangkanag mengenepikan Perikatan yang diketuai UMNO untuk majoriti dua pertiga mereka di Parlimen. Ini dilihat oleh UMNO sebagai kuasa Melayu yang mula lenyap. Tetapi hari ini, jika BN tewas dalam PRU akan datang, negara masih akan diwakili oleh bangsa majoriti Melayu. Tiada sebab kenapa UMNO perlu salahkan pembangkang atau menakut nakutkan rakyat dengan rusuhan kaum. Hanya kerana rakyat memilih Melayu yang lebih baik untuk memerintah negara.

Masalah UMNO dan BN tiada kena mengena dengan kaum atau agama tetapi sikap tidak peka kepada perubahan dalam memerintah negara. Rasuah, salah guna dana,skandal,kronism dan nepotism semuanya menyumbang kepada musibah dalam negara ini. Walaupun gagal, UMNO masih utuh mempertahankan yang mereka berhak dari yang lain untuk memerintah negara hanya keranan mereka mewakili orang Melayu. Tapi elemen Melayu ini juga diwakili oleh gabungan pembangkang. Orang Melayu diwakili dengan sewajarnya dalam pakatan pembangkang. Elemen ini yang membuatkan gabungan Pakatan kelihatan berjaya di P.Pinang,Selangor, Kedan dan Perak.Jadi apa masalahnya?.

Tiada lagi rusuhan kaum

Teras utama dalam BN-UMNO ialah ketidaksamaan hak dan pengadil malangnya dilihat sebagai kaki buli. Ahli komponen dalam BN berada dalam gabungan bagai peminta sedekah meminta2 untuk kaum minoriti.
Dalam pembangkang, pemimpin dari mana-mana kaum etnik mewakili rakyat semua kaum dan beliau akan memastikan hak semua diambil kira. Teras utama BN-UMNO ialah kelemahan utama dalam BN dari segi tanggungjawab dan ketelusan. Selalunya mereka dilihat sebagai terllau bongkak dan pentingkan diri, mmebuli rakan gabungan mereka untuk menutup mulut. Jadi UMNO juga menghampakan parti parti komponen BN.

Rakyat tidak mahu rusuhan kaum lagi kerana tiada siapa dalam negara ini-Melayu atau bukan Melayu- yang mendapat apa-apa dari nya. Rakyat hari ini mahu demokrasi sebenar di Malaysia dimana pemilihan yang adil akan menentukan gabungan mana yang akan memerintah negara. Mereka mencari perpaduan antara kaum sebagai rakyat Malaysia. BILa UMNO gagal semarakkan semuala semangat “ perpaduan dalam kepelbagaian untuk masa depan lebih baik,pilihan rakyat sudah tentu kepada pembangkang.

Usaha kerajaan untuk memulihkan perpecahan dikalangan rakyat tidak memadai bila kaum dan agama dipermiankan untuk menakutkan rakyat. Mengabaikan UMNO, kebangkitan sistem dua parti akan memberi lebih peluang kepada rakyat memilih pemimpin yang lebih baik. Tiap gabungan akan berusaha gigih untuk meyakinkan dan menyatukan rakyat dan ini adalah sesuatu yang memberangsangkan untuk negara ini.
Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: