Jumaat, 9 Disember 2011

Najib yang tentukan MB Kedah

Umno negeri tidak mempunyai kuasa memilih menteri besar



PETALING JAYA: Jika BN merampas Kedah dalam pilihan raya umum ke 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak sendiri yang akan memlih menteri besar negeri itu, kata Ketua Umno bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Beliau yang juga AJK Umno negeri menegaskan pihaknya tidak mempunyai hak dan kuasa memilih menteri besar.

Beliau menambah, malah untuk memilih calon bagi pilihan umum akan datang pun ditentukan oleh Najib yang juga presiden Umno.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus mengenai kemungkinan Datuk Mukhriz Mahathir atau Datuk Sri Jamil Khir Baharum akan dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini Mukhriz adalah ahli parlimen Jerlun dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri manakala Jamil ialah menteri di jabatan perdana menteri.

Semuanya keputusan Najib

Desas desus mengatakan kedua-dua mereka akan dihantar bertanding di kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya umum ini.

Ahmad juga menjelaskan setakat ini Umno negeri belum memutuskan siapakah yang akan dipilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

“Kalau calon pun belum dipilih tentu sekali bakal menteri besar tidak dipilih lagi.

“Semuanya menunggu keputusan Najib, kalau dia kata orang itu, maka orang itu akan menjadi menteri besar,” katanya.

Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakalan pada awal atau pertengahan tahun depan.

Kerajaan Kedah kini dikuasai PAS setelah menang dalam pilihan raya umum 2008.

Tiada ulasan: