Khamis, 8 Disember 2011

Deepak, rakan Rosmah bawa kembali Altantuya ke dalam dunia korporat Malaysia

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Deepak Jaikishan, yang popular setelah akuan berkanun yang dibuat oleh seorang penyiasat persendirian mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, sekarang sedang muncul semula tetapi dalam senario berlainan dan kemungkinan tempat yang paling tidak disangka- dunia korporat Malaysia. Inilah yang dikatakan oleh pengkritik sebagai bisness dicampur politik.

Deepak yang juga dikenali sebagai ‘lelaki karpet’ Rosmah kerana keluarganya memiliki kedai karpet di Jalan Tunku Abdul Rahman telah muncul sebagai pemegang saham utama dalam Envair Holdings Bhd, sebuah syarikat yang kerugian dalam pembuatan penapis air dan udara yang dikatakan akan ditukar menjadi sebuah syarikat minyak dan gas. Sahamnya telah disenaraikan di Mesdaq untuk saham kecil dan tech.

“Ini suatu perubahan besar baginya. Walaupun Enviar adalah sebuah firma kecil, ia tetap lebih besar dan berbeza dengan suasana perniagaan karpetnya yang adalah bebentuk runcit. Ini menunjukkan betapa berkuasanya kita sekiranya kita kenal orang yang beul dan kadang-kadang, ia adalah lebih kepada siapa yang kita kenali daripada apa yang kita tahu.” Kata seorang penganalisis di sebuah fima broker kepada Malaysia Chronicle.

From selling carpets to oil-and-gas on Mesdaq

Deepak yang berusia 39 tahun itu telah membeli 5.06% kepentingan dalam Enviar bernilai RM1.32 juta atau 6 juta saham bernilai 22 sen seunit. Beliau yakin bahawa ia adalah ‘pelaburan jangkamasa lama’. Sungguhpun begitu, kenyataan beliau yang agak mentah itu menunjukkan bahawa beliau kurang arif dalam dunia yang baru diceburinya.

“Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada lembaga eksekutif dan pengurusan syarikat yang berkembang ini. Saya menegaskan disini bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan saya akan cuba untuk meningkatkan ia kelak.” The Star memetik Deepak sebagai berkata.

Selain daripada latar belakang Deepak yang kontroversi, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, transaksi itu menjadi perhatian kerana Jiang Chuan Yi, pemegang saham yang berkepentingan 6.75% dalam syarikat itu telah menjualnya sebulan selepas membelinya pada 1 Nov lepas.

Jiang, seorang warga negara Cina tidak menjelaskan mengapa beliau menjual saham tersebut. Penjualan itu berlaku di transaksi pasaran terbuka pada harga yang tidak dinyatakan. Saham Enviar berakhir ke satu sen lebih rendah pada 30.5 sen pada hari Selasa.

Harvest and Tiong King Sing

Setelah kisah panas mengenai saham penny yang dikaitkan dengan keluarga PM Najib Razak iaitu Harvest Court Industries Bhd, terdapat cakap-cakap bahawa Enviar adalah cubaab kedua Najib untuk mendapatkan wang daripada pasaran saham. Terdapat spekulasi bahawa perjanjian itu adalah untuk mendapatkan keuntungan sendiri atau untuk mendapatkan dana untuk pilihanraya pada tahun depan.

Saham Harvest sememangnya telah naik di paras yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita bahawa anak Najib yang berusia 28 tahun, Nazifuddin telah menyertai lembaga dan mempunyai kepentingan dalam syarikat. Spekualasi menjadi begitu kuat sehinggakan kesemua saham penny dalam pasaran tempatan juga naik menyebabkan pemerhati mengeluarkan amaran bahawa kejadian yang sama berlaku pada tahun 1998 sebelum kejatuhan pasaran saham.

Dalam kekecohan itu jugalah Nazifuddin meletak jawatan dalam lembaga Harvest dan beliau juga seperti Deepak telah berjanji untuk mengekalkan kepentingan dalam Harvest untuk jangkamasa yang lama.

Berita bahaw seorang lagi tokoh yang kaitkan dengan Najib, Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing akan menjual 31% kepentingan beliau dalam firma Wijaya Baru Global telah menyebabkan ramai yang berpendapat bahawa ahli politik Malaysia meninggalkan pasaran sebelum pilihanraya yang dikatakan berkemungkinan akan menyaksikan pertukaran dalam kerajaan persekutuan untuk kali pertama dalam masa 54 tahun.

Mejar bersara Anuar Adam, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang telah jatuh, Halim Saad dikatakan disokong oleh sekumpulan ahli perniagaan daripada Indonesia untuk perjanjian ini seperti yang dilaporkan Business Times. Beliau dikatakan mahu membeli Rm1.10 saham seunit daripada Tiong untuk kepentingan dalam Wijaya. Saham Wijaya ditutup pada 4.5 sen lebih tinggi di 80.5 sen pada hari Selasa manakala warran mengakhiri dagangan pada 9.5 sen lebih tinggi pada 33 sen.

“Dari Harvest ke Enviar dan juga Wijaya, semua perjanjian ini kelihatan seperti boleh memberikan gambaran yang salah. Walaupun sekiranya ia adalah tidak lebih daripada satu kebetulan , ia tetap mencurigakan. Untuk pelabur yang sudah arif, ia adalah ibarat orang ramai cuba melepaskan diri di suatu jalan keluar yang sempit dan inilah yang membuatkan ia menjadi perhatian.” Kata penganalisis itu lagi.

“Tidak kisahlah sekiranya ia adalah untuk faedah peribadi atau untuk Umno dan BN, ia tetap tidak betul dalam kes ini. Walaupun Najib dan Perkasa mengatakan bahawa ia adalah untuk kepentingan nasional atau keselamatan nasional, ia tetap salah. Pasaran saham bukanlah mesin basuh yang anda boleh juga untuk lemparkan baju kotor anda. Membina dana untuk sebab politik adalah salah dan pedagang haruslah di beri amaran. Pengawal selia haruslah berpegang kepada peraturan. Mengapa ahli politik masih dibenarkan untuk memain peranan aktif dala firma dan bukankah sepatutnya ia dilepaskan kerana mereka ada jawatan dalam kerajaan? Pilihlah sama ada anda ahli perniagaan atau ahli politik. Pada hari ini apabila ketelusan dan pentadbiran baik adalah sangat penting, janganlah pula anda ingin jadi ahli politik dan ahli perniagaan sekaligus. Tiada tempat untuk kamu!”

Dari penapis udara kepada bantuan terbesar Petronas

Sementara itu, Deepak rupanya bersahaja dengan pertukaran Enviar ke sektor minyak dan gas. Mungkin kerana sangat senang mendapat bantuan daripada syarikat minyak negara, Petronas. Walauapapun, industry minyak dan gas kelihatan seperti diminati oleh keluarga orang-orang kuat Umno.

Keluarga bekas PM Mahathir dan Abdullah Badawi kedua-duanya terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi. Sekarang, giliran Najib pula untuk mendapatkan bahagian beliau.

Enviar telah mengejutkan pasaran pada bulan lepas dengan memasuki sektor Minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen daripada Petronas untuk membeli diesel dan lain-lain produk jenis minyak dan gas. Enviar meyakinkan pelabur bahawa ia dapat membekalkan 2 juta tong minyak mentah sebulan untuk 60 bulan kepada sebuah syarikat di Cina, An Hong Shenzhen.

Cita-cita tinggi ini kelihatan telah ditegaskan lagi oleh Deepak walaupun tiada petunjuk apa jenis kepakaran yang beliau boleh bawa untuk usaha itu.

“Saya , dengan menyatakan kepentingan dalam Enviar telah memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada bisnes ini (minyak dan gas) dan dalam beberapa bulan seterusnya akan mengumpul kekuatan untuk memperkembangkan bisnes ini,” ujar Deepak.

Kisah silam yang tidak selesai

Mungkin mustahil kita harapkan Deepak akan bercakap mengenai P Balasubramaniam, penyiasat peribadi yang telah membuat perakuan berkanun pada tahun 2008 mengenai penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam Scorpenes.

Najib telah menafikan bahawa beliau kenal Altantuya tetapi, menurut Bala, PM itu bukan sahaja mengenali Altantuya tetapi merupakan kekasihnya sebelum memberikannya kepada kawan rapatnya Razak Baginda.

Kemudian, kurang 24 jam selepas itu, Bala menarik balik perakuannya dan menghilangkan diri. Dia kemudiaanya muncul kembali dalam sebuah video yang boleh ditonton oleh semua rakyat dunia dan menceritakan bagaimana beliau telah diberi dua cek berjumlah RM5 juta dan dipaksa pergi ke Chennai di mana beliau dan keluarga beliau masih tinggal sehingga kini.

Yang menariknya, Bala juga menceritakan bagaimana dia telah di culik dan dibawa berjumpa seorang lelaki di showroom Volkswagon dan kemudiannya dia kenali sebagai Nazim Razak, adik Najib yang merupakan seorang arkitek. Isteri Nazim yang juga bekas wartawan ada bersama.

Deepak telah menafikan cerita Bala namun mengaku bahawa pernah berjumpa Bala sebanyak 2 kali.”Selepas pegawai polis Suresh memperkenalkan kami, saya telah jumpa dia sekali lagi.Dia minta wang daripada saya sama ada RM500 atau RM 1000 tetapi saya beritahu dia bahawa saya tidak dapat berikan wang kepadanya. Saya tidak mahu terlibat dalam hal kewangan beliau.” Deepak memberitahu sidang akhbar pada April lepas.

Nazim enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Perjanjian baru dengan Bala?

Deepak juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah ‘toy-boy” atau ‘orang suruhan” Rosmah. Beliau mengatakan bahawa Rosmah adalah seperti kakak beliau. Beliau juga memuji Rosmah dan Najib memperkenalkan pelanggan baru kepada kedai beliau. “Saya pertama kali mengenali beliau (Rosmah) enam atau tujuh tahun lepas semasa beliau pergi ke kedai saya. Saya kenal dia dan anggap dia seperti kakak saya,” kata Deepak.

Semasa itu, Deepak telah memanggil sidang akhbar untuk melenyapkan spekulasi bahawa beliau sedang cuba membuat perjanjian baru dengan Bala iaitu membawa balik Bala ke Malaysia di mana Bala akan membuat perakuan baru yang membersihkan nama PM dan isteri daripada kes bunuh itu.

Altantuya berusia 28 tahun semasa beliau dibunuh oleh 2 orang bekas pengawal peribadi Najib di sebuah kawasan hutan di Selangor. Beliau telah ditembak di muka dan diletupkan dengan C4 untuk mengelak daripada badan nya dapat dikenalpasti dan juga menghapus segala bukti bahawa beliau hamil ketika itu seperti yang telah diberitahu beliau kepada pembunuh beliau. Kedua-dua pembunuh itu sekarang sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati dan juga menunggu keputusan rayuan selepas disabitkan bersalah pada tahun 2008.

Mengelak dan menafi

Tidak ramai yang percaya bahawa hanya mereka berdua yang bersalah selepas pihak berkuasa memekakkan telinga mengenai permintaan supaya mereka yang benar-benar mengarahkan pembunuhan untuk dibawa ke muka pengadilan. Menurut surat Altantuya dan perakuan Bala, wanita Mongolia itu datang ke Malaysia untuk mendapatkan USD500000 yang merupakan komisyen beliau daripada pembelian 2 buah kapal selam Scorpenes daripada firma gergasi Perancis DCN.

Bala juga pernah menawarkan diri untuk berjumpa dengan SPRM di London pada tahun lepas untuk membuat laporan formal mengenai perjumpaan beliau dengan Deepak dan Nazim. Malangnya, perjumpaan yang dinanti-nantikan itu tidak menjadi kerana SPRM pada saat akhir menolak.

Mengelak- itulah yang sangat jelas dalam gaya Kerajaan Persekutuan menangani kes Scorpenes dan Altantuya. Ini telah menyebabkan timbul lebih banyak perasaan curiga dalam peranan pasangan pertama negara dan juga Umno walaupun sering menafikan bahawa mereka terlibat dalam kes bunuh dan juga rasuah pembelian kapal selam yang dianggarkan bernilai 114 juta Euro atau RM570 juta. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: