Selasa, 1 Jun 2010

Wisma Putra Diarah Selamatkan Sukarelawan Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Wisma Putra menyelamatkan sukarelawan Malaysia ke Gaza yang kini ditawan tentera rejim Zionis.

Perdana Menteri juga mahu Kementerian Luar mendapatkan maklumat terkini tentang nasib aktivis-aktivis terbabit melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak ketiga berhubung status keselamatan mereka.

Malah beliau menegaskan, Malaysia akan mengusulkan tindakan pencabulan Israel dibawa ke sidang Majlis Keselamatan PBB minggu depan bagi membolehkan satu tindakan diambil terhadap rejim zionis itu.

"Kita akan bawa ke Majlis Keselamatan PBB untuk lihat bagaimana boleh ambil tindakan terhadap Israel," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ditanya sama ada Malaysia akan memboikot produk keluaran Israel, Najib berkata: "Boikot pada masa ini tak beri apa-apa kesan, kita akan fikir apa yang patut dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB."

Tiada ulasan: