Jumaat, 18 Jun 2010

Tian Chua: Saya masih MP Batu sah



KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat kelihatan membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil tetapi wakil rakyat Tian Chua dari PKR bertegas beliau masih merupakan Ahli Parlimen Batu yang sah.

“Saya Ahli Parlimen Batu. Tiada kekeliruan (dalam hal ini),” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi menerusi telefon hari ini.

Dalam suara kelihatan tenang, beliau berkata jika pendakwa raya masih mahu meneruskan usaha mengenakan tuduhan, mereka boleh merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

“Melainkan ia sudah jelas. Hakim berkata beliau mengkaji semula keputusan awal, jadi tidak akan ada pilihan raya kecil kerana ia menjejaskan kepentingan awam.

“Jadi mereka yang tidak gembira boleh merayu keputusan di mahkamah yang lebih tinggi,” kata beliau.

Wakil rakyat itu berkata beliau masih menunggu keputusan bertulis Hakim Datuk Ghazali Cha.

“Apa jua jumlah (denda yang dikenakan), beliau akan menulis (memberikan jawapan bertulis), ia akan menggambarkan hasrat beliau bahawa tidak harus ada pilihan raya kecil di Batu.

“Ini bermakna saya masih MP,” kata Pengarah Strategi PKR ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata berkata oleh kerana hakim sudah menentukan RM2,000 Tian Chua boleh dianggap sebagai sudah tidak layak memegang kerusinya lagi.

Tiada ulasan: