Selasa, 15 Jun 2010

Pertimbng semula hubungan dengan Israel, kata OIC

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggesa negara-negara anggota yang mempunyai hubungan dengan Israel mempertimbang semula hubungan itu, berikutan serangan Israel ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatakan sembilan sukarelawan terkorban baru-baru ini.

Setiausaha agung OIC Professor Ekmeleddin Ihsanoglu berkata cadangan itu adalah satu daripada usul yang dicapai di Mesyuarat Eksekutif Menteri-menteri OIC Ahad lepas.

Usul lain ialah mendesak supaya ditamatkan sekatan ke atas Gaza; diadakan sidang pakar-pakar undang-undang; diadakan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di bawah judul “Bersatu untuk Perdamaian” dan diambil tindakan dan sekatan terhadap Israel, katanya di sini.

Ekmeleddin berada di Malaysia untuk menerima anugerah kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia esok.

Tiada ulasan: