Sabtu, 19 Jun 2010

Pekerja harap gaji naik walaupun gawat

BERNAMA



Kira-kira 47 peratus pekerja Malaysia menjangka kenaikan gaji antara 5.0 dan 10 peratus tahun ini walaupun ketika kegawatan kewangan, demikian menurut Laporan Kerja Dunia 2010 (WoWR).

Kaji selidik tahunan itu yang dilakukan Randstad, satu organisasi pengambilan pekerja dan perkhidmatan sumber manusia kedua terbesar di dunia, berkata harapan tinggi pekerja bagi mendapatkan pakej gaji dan ganjaran kewangan adalah cabaran yang dihadapi majikan.

Randstad, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 92 peratus warga kerja Malaysia dan 83 peratus warga kerja Singapura menjangka menerima bonus tahun ini, manakala kira-kira 70 peratus daripada majikan yang ditinjau di Malaysia khuatir akan kehilangan kakitangan kepada pasaran-pasaran lain kerana prospek kerja di luar negara meningkat.

Pengurus Besar dan Pengarah Agensi Pekerjaan Randstad Sdn Bhd, Sahun Nadarajah berkata: "Penjenamaan adalah satu cara kukuh membentuk tenaga kerja bagi setiap organisasi.

"Jika pengalaman sebenar bekerja sepadan dengan nilai syarikat dan unjuran jenama majikan, pekerja akan lebih terangsang, lebih produktif dan lebih setia," katanya.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 29 peratus pekerja Malaysia terangsang oleh fahaman kukuh mengenai bagaimana peranan masing-masing boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Kajian yang dibuat pada Februari, meninjau pendapat lebih 3,000 profesional sumber manusia, pengurus perniagaan dan ketua pegawai eksekutif di seluruh Rantau Asia Pasifik.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adalah satu perkara baik bagi pekerja jika gaji dinaikkan, namun pada pendapat saya adalah sukar untuk mendapat kenaikan gaji semasa kegawatan ekonomi ini, oleh itu, semua pekerja dan majikan kena bekerjasama untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Kurt berkata...

This is certainly a good news for the employees. I do hope it's possible to have increment even during the current economy downturn.

Hamdan Hadillah berkata...

ini adalah pendapat yang sangat baik. ini akan dapat membantu mengurangkan beban untuk rakyat. tidak kira pekerja swasta atau kerajaan dinaikkan gaji mereka untuk menangani masalah akan datang nanti.

Tanpa Nama berkata...

semua pekerja memang mengharapkan gaji mereka dinaikkan, kenaikan gaji adalah satu penghargaan kepada para pekerja atas sumbangan mereka dalam organisasi.

Paquin berkata...

Siapa juga ba yang tidak mahu naik gaji.. saya betul2 harap ada kenaikan gaji bukan saja utk k.tgn kerajaan tapi juga utk k/tgn swasta :)

Paquin berkata...

Tapi kalau mmg tak dapat dinaikkan atas dasar kegawatan... hhmm pa boleh buatlah.. Semua pihak pun harus saling menerima dan memahami ba barulah masalah dapat diselesaikan :)

Paquin berkata...

Saya harap kedaan ekonomi negara kan bertambah baik dari semasa ke semasa.
Kepada gov, teruskan perjuangan memulihkan keadaan ekonomi negara.