Isnin, 14 Jun 2010

Mitos Sabah, Sarawak Sebagai 'Fixed Deposit' BN Semakin Terhakis

KELAB GREENBOC


Mitos Umno-Barisan Nasional yang menganggap Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap atau 'fixed deposit' bagi parti itu untuk terus berkuasa semakin terhakis apabila Umno Bahagian Tenom hampir berkubur dengan kemasukan ramai ahli dan penduduk kawasan itu ke dalam KEADILAN.

Salah seorang tokoh KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai tanda Umno-BN di Sabah ditinggalkan rakyat.

"Sokongan semakin meningkat kepada KEADILAN. Dalam beberapa hari lagi kita akan menganjurkan majlis untuk meraikan kemasukan ahli baru di Kinarut dan Kimanis," kata Halik.

Kelmarin pejabat KEADILAN Cabang Tenom dibanjiri dengan kehadiran lebih 30 orang penduduk dari beberapa buah kampung untuk mendaftar nama mereka sebagai ahli parti.

Kawasan tersebut dikenali sebagai kubu kuat BN.

Penduduk kampung di Lagud, Sapong dan Kuala Tomani menyertai KEADILAN memandangkan wakil rakyat BN yang mewakili mereka selama ini tidak ingin mengambil tahu hal kebajikan masyarakat.

"Pelbagai isu yang dibangkitkan terutamanya tentang kos dan sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barangan keperluan asas dan tarif air dan elektrik merupakan isu utama yang menyebabkan mereka kecewa dengan pentadbiran Umno-BN," kata Halik lagi.

Kebanyakan daripada mereka telah di janjikan dengan pelbagai tawaran, namun janji hanya tinggal janji. Halik berkata tidak ada tindakan dan perhatian yang diberikan oleh Umno-BN dan rakyat Sabah berharap sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada PRU ke-13 kelak, nasib dan kebajikan mereka akan terbela.

Ketua Cabang Tenom, Gosibin Yasundang memberitahu Suara Keadilan masih ada kawasan di daerah itu seperti Kemabong dan Menining yang masih belum mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

"PM Najib ada mengatakan tentang pembangunan yang akan diusahakan di kawasan ini, namun sehingga hari ini tiada apa yang berlaku. Kami kecewa kerana telah lama menunggu janji-janji itu," kata Gosibin.

Isu permohonan geran tanah dan perumahan PPRT turut menjadi tuntutan penduduk sejak sekian lama.

Manakala kawasan hutan berhampiran daerah Tenom yang diteroka oleh Sabah Forest Industry membuatkan penduduk tempatan mempersoalkan pelaburan tersebut yang seolah-olah tidak memberi pulangan kepada mereka.

"Orang yang kaya, makin kaya. Tetapi orang miskin tidak dipedulikan," katanya.

Antara isu penting lain yang menjadi permasalahan penduduk adalah kegagalan anak penduduk untuk mendapatkan surat beranak dan kad pengenalan.

Gosibin bimbang perkara ini akan menjejaskan masa depan mereka, terutamanya apabila melibatkan proses permohonan untuk mendaftarkan nama mereka di sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut gusar dengan kehadiran begitu ramai pendatang asing tanpa izin di kawasan mereka.

Beliau bimbang dengan kemungkinan peningkatan jenayah kerana pemantauan pihak berkuasa adalah sangat minima.

"Jadi harapan kami agar Pakatan Rakyat dapat membawa isu ke peringkat atasan bagi membela nasib kami," rayu Gosibin.

13 ulasan:

jack berkata...

PRU13 adalah jawapan kepada persoalan ini...sama2 lah kita tunggu dan lihat jawapan daripada rakyat..

Tanpa Nama berkata...

tidak diberitahu pun nilai sebenar sebenar yang menyertai PKR, tahu2 sikit ja, tp saja dihebohkan. bagaimanpun, BN tetap kuat di Sabah. kita tgk ja pada pilihanraya umum nanti.

Tanpa Nama berkata...

ini tidak membuktikan bahawa pengaruh BN telah hilang di sabah. walaupun terdapat ahli UMNO keluar ke PKR di Tenom, namun BN tetap kuat.

Sanih Alias berkata...

jangan risau, BN tetap akan kuat di sabah. Tenom juga tetap akan berpegang dengan BN. itu cuma khabar untuk melemahkan BN. tapi BN tidak akan lemah di Sabah.

Hamdan Hadillah berkata...

haha nilai sebenar yang masuk PKR 0..itu cuma mahu menakutkan kerajaan. BN tetap kukuh di Tenom mahupun Sabah.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

BN tetap kukuh di sabah, tunggu ja PRU13 nanti

tombolo berkata...

samada Bn terus kuat ataupun tidak di sabah, jawapannya akan dketahui pada pilihaanraya umum ke 13 nanti. kita tunggu ja keputusannya nanti.

Ted Medresher berkata...

walaupun KEADILAN dengan lantang menyuarakan permasalahan rakyat, itu tidak menjamin bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah tersebut jika mereka diberi peluang mengambil alih kerajaan Sabah.

Ted Medresher berkata...

saya yakin, masih ramai rakyat yang belum bersedia menerima kerajaan baru malah masih meragui kemampuan parti2 lain. diharapkan rakyat tidak terpengaruh dengan agenda parti2 tersebut yang hanya tahu meraih simpati dari rakyat. berkenaan dengan permasalahan rakyat seperti yang dinyatakan akan terjawab dalam RMK10 dan ada yang masih dalam pelaksanaan.

Unknown berkata...

pilihanraya 13 menetukan keputusan untuk sokongan rakyat macam mana dengan BN.

Sanih Alias berkata...

BN tetap akan menang juga di Sabah tu nanti. Yakin Boleh BN Boleh..

Unknown berkata...

Hmm, i think it's showing but i'm not certain for sure. I'd say just wait and see for GE13..