Ahad, 12 April 2009

Sidang ASEAN dibatal

UTUSAN ONLINE


PARA penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra nekad merempuh benteng pasukan keselamatan dan memecahkan pintu kaca yang menuju ke salah satu dewan mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya, semalam. Sidang Kemuncak ASEAN terpaksa dibatalkan. – REUTERS

Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan semalam mencetuskan kekacauan di Pattaya termasuk menyerbu tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN sehingga memaksa persidangan itu dibatalkan.

Tentera mengepung Hotel Royal Cliff Grand, hotel penginapan

pemimpin-pemimpin ASEAN ekoran cubaan perusuh memasuki hotel itu.

Kumpulan-kumpulan pro dan antikerajaan turut bertempur. Berikutan kekacauan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya dan wilayah Chonburi.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat dalam kejadian itu. Para pemimpin ASEAN dikeluarkan dari kawasan itu oleh helikopter- helikopter tentera.

Tiada ulasan: