Jumaat, 17 April 2009

Membazir - PM

Bernama


KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Katanya, pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

“Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-63 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM).

Ditanya adakah perbuatan ADUN Penanti itu mengkhianati pengundi di kawasan itu, Najib berkata itu terpulanglah kepada rakyat.

Tiada ulasan: