Ahad, 24 Ogos 2008

Bom di bilik gerakan Umno, KeADILan tidak ada kena mengena

Suara KeADILan

PERMATANG PAUH- Parti Keadilan Rakyat menolak sama sekali penglibatan mana-mana ahlinya dengan insiden penumemuan bom di salah satu bilik gerakan Umno.

Bom yang ditemui di bilik gerakan Umno Kubang Semang itu telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom kira-kira jam 2.45 pagi tadi.

Menurut Tian Chua, beliau mempercayai ahli KeADILan dan penyokong Anwar tidak melakukan perkara berkenaan.

“Kami percaya ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang bukan penyokong Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tiada ulasan: