Bernama
Sewaktu kejadian, ibu mangsa keluar untuk membuat bayaran di kaunter manakala
bapanya mengisi minyak. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila bayi lelaki mereka
yang berusia setahun tujuh bulan terperangkap lebih 10 minit di dalam
kereta semasa pasangan itu berhenti di sebuah stesen minyak di Taman
Gemereh, Segamat, hari ini.
Komander
Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, PBK II Mansor
Mohamad berkata enam anggota dan sebuah jentera digegaskan ke lokasi
kejadian untuk menyelamatkan bayi itu selepas pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada 6 petang.
Katanya sewaktu kejadian, ibu mangsa keluar untuk membuat bayaran di kaunter manakala bapanya mengisi minyak.
"Mangsa
yang duduk bersendirian di kerusi penumpang hadapan dikatakan menekan
butang kunci ketika sedang bermain, menyebabkannya terperangkap,"
katanya dalam kenyataan malam ini.
Mansor
berkata bomba mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk
mengeluarkan mangsa, menggunakan peralatan khas, Multi-Purpose Air Bag.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada 6.40 petang, katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan