YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
SAYA menyatakan sokongan terhadap langkah pantas
kerajaan dalam mengenakan tindakan kepada 215 majikan yang telah
disenarai hitamkan dan digantung daripada menerima bantuan Program
Subsidi Upah (PSU) bagi bulan-bulan yang akan datang.
Program
Subsidi Upah yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam
membantu rakyat terjejas akibat COVID-19 telah berjaya menyelamatkan
sebanyak 2.7 juta pekerja sejak ia mula dilaksanakan dan menelan belanja
kerajaan sebanyak RM13.8 bilion setakat 28 Ogos 2020.
Namun
begitu, usaha baik kerajaan ini telah disalahgunakan oleh segelintir
majikan, yang mengambil bantuan ini, tetapi pada yang sama, masih
membuang pekerja mereka. Sehingga Ogos 2020, sebanyak 215 aduan yang
melibatkan salah guna majikan telah diterima oleh pihak Kementerian
Sumber Manusia (KSM).
Berkenaan dengan cadangan saya, jika masih terdapat syarikat yang terjejas, kerajaan disaran agar melaksanakan Program Subsidi Upah Bersasar selepas PSU berakhir pada Disember 2020, Kerajaan pada ketika ini optimis dan yakin bahawa ekonomi Malaysia dijangka memulih menjelang Januari 2021 berdasarkan kadar pengangguran yang menurun pada Julai dengan kadar 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada bulan Mei 2020.
Sekian, terima kasih.
“Islam Memimpin Perpaduan”
YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMADAhli Dewan Negara – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan