Sabtu, 5 September 2020

Petronas tak rancang buang pekerja

Norlaile Abd Rahman
MGF040920_Pengumuman-Prestasi-Kewangan-Kumpulan-Petronas-4-681x454
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, 
Tengku Muhammad Taufik ketika mengumumkan Prestasi 
Kewangan Kumpulan Petronas Suku Kedua 2020 di Pusat 
Konvensyen Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR- Petronas tidak merancang untuk melakukan pembuangan pekerja meskipun berhadapan dengan situasi mencabar ketika ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, syarikat minyak dan gas negara itu komited untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi memulihkan semula prestasi syarikat yang telah merekodkan kerugian sebanyak RM16.5 bilion pada separuh pertama tahun ini.

Jelasnya, antara perkara yang akan dilakukan termasuklah membentuk semula gabungan portfolio syarikat dan menyusun semula sumber manusia.

Ketika ditanya kemungkinan berlakunya pengurangan gaji untuk meringankan beban kewangan syarikat, Tengku Muhammad Taufik berkata, pertimbangan mendalam peringkat akhir sedang dijalankan.

“Sebarang keputusan berhubung perkara ini akan disampaikan kepada pekerja terlebih dahulu.

“Kami menganggap perkara sebegini sebagai urusan keluarga,” katanya dalam sidang media selepas membentangkan prestasi kewangan syarikat di sini hari ini.

Setakat 2019, Petronas mempunyai 47,669 pekerja.

Tambah Tengku Muhammad Taufik, Petronas turut merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 21 peratus dan perbelanjaan operasi sebanyak 12 peratus tahun ini.

Tiada ulasan: