MALAYAIAKINI
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membidas layanan dua timbalan menteri kerajaan PM terhadap pelajar dari Sabah, Veveonah Mosibin, berkata tindakan mereka itu sebagai buli siber.
"Sekiranya anda tidak dapat melihatnya - ini sebenarnya adalah tindakan buli siber. Oleh timbalan menteri terhadap budak kecil (young child)."
Ambil maklum, Vevenoah berusia 18 tahun.
Hannah turut menyentuh sikap berdiam diri Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Rina Harun dan timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam perkara ini, berkata tindakan sedemikian bukanlah kali pertama.
Hannah mengulas tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I Abdul Rahim Bakri yang pada awalnya mempersoalkan kredibiliti video tular milik Veveonah itu.
Video tular itu menunjukkan pelajasr Asasi Sains dari UMS itu, menduduki peperiksaan di atas pokok pada 12 Jun lalu bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik.
Zahidi kemudian mengakui terkhilaf semasa mendakwa Veveonah yang juga personaliti YouTube menipu kononnya memanjat pokok semasa menjawab soalan peperiksaan.
Kata Zahidi dia mendapat maklumat yang tidak tepat semasa memberikan jawapan di Dewan Negara. Justeru Zahidi memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Beliau turut memberitahu mendapat maklumat itu daripada Abdul Rahim yang juga ahli parlimen Kudat.
Bagaimanapun, Abdul Rahim mempertahankan dakwaan Veveonah menipu dengan berkongsi laporan daripada ketua kampung bahawa Veveonah tidak menetap di Kampung Sepatalang seperti yang didakwanya.
Pada posting Facebook semalam, Abdul Rahim juga memberitahu seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS mengesahkan kepadanya bahawa pada ketika itu (12 Jun) tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.
Beliau kemudian memadamkan posting tersebut.
Kedua-dua timbalan menteri itu dikritik oleh
Pemimpin pembangkang dan netizen mengkritik kedua-dua timbalan menteri itu, menggesa supaya tidak menyasarkan Vevenoah, sebaliknya memfokuskan kepada peningkatan kemudahan internet di luar bandar.
Sementara itu, bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menyokong Veveonah pada ciapan di Twitter.
"Betul kah? Dua timbalan menteri menentang seorang pelajar?".
"Ia adalah satu keadaan suram bagi negara jika perkara ini terus berlaku," katanya yang juga ahli parlimen Simpang Renggam.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook "Mohd Asmawi Zahari MdZa" berkata video tular Veveonah telah menarik perhatian pihak penguatkuasa dan membawa kepada pembinaan menara telekomunikasi baru di kampung tersebut.
Sebelum ini, Vevonah memberitahu Malaysiakini bahawa dia memang ada mengambil peperiksaan sebagaimana paparan dalam video itu pada 12 Jun.
Dia turut memberikan butiran berkenaan jadual peperiksaannya buat semakan Malaysiakini sebagai bukti.
"Ya, peperiksaan itu dijalankan sepenuhnya atas talian. Soalan peperiksaan diajukan dalam Google Form.
"Ya, peperiksaan telah dijalankan sepenuhnya dalam talian. Platform tempat soalan peperiksaan diajukan adalah Borang Google.
"Peperiksaan dilakukan secara serentak untuk semua pelajar," kata pelajar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan