Khamis, 3 September 2020

China paksa wanita Uyghur buang rahim, gugur kandungan

fazleensafina 

 

Ada bayi masih bergerak ketika dibuang ke tempat pembuangan sampah

ISTANBUL – Kelahiran etnik Uyghur di China telah disekat dan dihadkan, dedah seorang doktor.

Doktor pakar sakit puan yang juga berasal dalam kalangan etnik Uyghur itu berkata, sepanjang berkhidmat dengan rejim China, beliau diarahkan untuk mengekang pertumbuhan penduduk etnik minoriti itu.

Memetik ITV News, doktor yang enggan namanya disiarkan berkata, sekurang-kurangnya 500 hingga 600 wanita Uyghur dipaksa untuk membuang rahim dan menggugurkan janin.

Lebih teruk, terdapat bayi masih bergerak ketika dibuang ke tempat pembuangan sampah.

Doktor yang kini bekerja di salon kecantikan di Istanbul itu kesal atas perbuatannya berkomplot dengan rejim China, selain berusaha memperbaiki kesilapan masa lampau.

Turki adalah tempat tinggal sekitar 50,000 etnik Uyghur yang melarikan diri dari China.

Dokumen rasmi China memperincikan anggaran bagi kawalan kelahiran dan pensterilan.

Kadar kelahiran di beberapa kawasan diduduki etnik Uyghur menurun sebanyak 60 peratus, manakala di seluruh China kejatuhannya lebih daripada empat peratus. – Agensi

Tiada ulasan: