KUALA LUMPUR: Hujan lebat bermula 1.30 tengah hari tadi mengakibatkan 5 kawasan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat.
Kawasan yang terlibat banjir kilat adalah Lebuh Ampang di pusat bandar, Jalan Raja Alang (Kampung Baru), Lorong Air Leleh (Setapak) dan, Jalan Gurney serta Jalan San Ah Wing (Semarak).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian banjir kilat pada 4.25 petang tadi.
“Setakat ini tiada kemalangan melibatkan banjir kilat ini, hanya laporan kenderaan yang terperangkap akibat banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata air naik setinggi 1 hingga 3m di kawasan terjejas banjir kilat.
Setakat ini, seramai 15 mangsa yang terperangkap akibat banjir di Jalan Gurney dan Kampung Periuk di Jalan Raja Alang diselamatkan bomba.
“Bagi Kampung Periuk di Jalan Raja Alang, seramai 5 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan Kelab Sultan Sulaiman,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan