![](https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2020/04/PUBLIC-WEAR-FACE-MASK-DURING-MCO-COVID-19_2.jpg)
PUTRAJAYA: Polis menahan 84 individu semalam kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan pemulihan, termasuk 20 orang yang ditahan di kelab malam atau pub, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.
Daripada jumlah itu, 76 orang dikompaun dan 8 direman.
Katanya, antara kesalahan ingkar arahan PKPP itu ialah gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (28), tidak memakai pelitup muka (22) dan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal (14).
Beliau berkata, pihak berkuasa menahan 108 pendatang asing tanpa izin dan seorang penyeludup menerusi 78 sekatan jalan raya yang dijalankan di seluruh negara semalam.
“Turut dirampas sebuah bot dan 2 kenderaan darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, seramai 27,101 individu yang pulang dari 32 negara sejak 24 Julai sehingga semalam ditempatkan di 69 hotel dan 8 premis lain, termasuk institut latihan awam serta institusi pengajian swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
Daripada jumlah itu, seramai 10,097 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 69 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.
Katanya, seramai 16,935 individu dibenarkan pulang selepas selesai menjalani kuarantin wajib 14 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan