Bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali menasihatkan Pakatan Harapan (PH) agar "cukup-cukuplah" membangkitkan isu pemilihan calon perdana menteri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa keadaan sama sekali berbeza dalam Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara sejak tiga bulan lalu apabila isu perdana menteri tidak dibangkitkan.
"Cukup-cukuplah... sehingga hari ni pun tak selesai lagi nak pilih siapa calon perdana menteri.
"Kalau itu tak boleh diseselaikan, dari tahun 1998 rakyat diheret ke jalan raya, rakyat diheret ke kancah politik kerana dua individu ini.
"Kalau
tidak A, B. Kalau tidak B, A," katanya dipercayai merujuk kepada
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir
Mohamad yang kini menjadi tumpuan ramai kerana bakal dinamakan sebagai
calon perdana menteri PH.
Menurut Azmin, PKR harus bertanggungjawab berhubung isu tersebut kerana
ia membuktikan bahawa seseorang dalam parti itu perlu "melakukan
sesuatu" kerana didakwanya membuat anggota berasa muak.
"Sampai bila kita nak selesaikan masalah negara?
"Jadi saya ingat, sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan (PN menjadi kerajaan), orang tak tanya dah siapa the next PM (perdana menteri seterusnya). Aman tiga bulan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan