Khamis, 14 Mei 2020

Cuci tandas jika ingkar penjarakan sosial di Jakarta

Siti Fatimah

Keluar rumah tak pakai penutup mulut dan hidung boleh didenda


JAKARTA – Indonesia menarik perhatian negara-negara lain apabila mengenakan hukuman membasuh tandas sekiranya rakyat negara itu ingkar atau melanggar peraturan penjarakan sosial seperti yang ditetapkan kerajaan.

Mencuci tandas telah disenaraikan sebagai hukuman baharu dalam usaha membendung wabak COVID-19 yang kini sudah mencatatkan 15,438 kes jangkitan termasuk 1,028 kematian.

Selain itu, bagi mereka berhimpun di khalayak ramai tanpa alasan munasabah akan dikenakan hukuman membersihkan kemudahan awam, dan perlu memakai ves tertera label ‘pelanggar peraturan.’

Manakala, mereka yang sebanyak 250,000 rupiah (RM73).

Begitu juga dengan syarikat yang tidak mengendahkan arahan penutupan atau melanggar peraturan kesihatan awam, akan didenda sehingga 50 juta rupiah (RM14,500) berdasarkan peraturan baharu yang ditetapkan.

Jurucakap Pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto berkata, rakyat negara itu perlu membudayakan gaya hidup sihat dan menjalani normal baharu bagi membendung penularan virus pandemik berkenaan.

“Kes positif terus meningkat, kini 15,438 iaitu tambahan 689 lagi kes dalam tempoh 24 jam,” katanya. – Agensi


Tiada ulasan: