Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Lambang negara tak boleh diterjemah ke bahasa lain: Ridhuan Tee
APA sudah jadi dengan
Malaysia? Setiap hari ada sahaja berita dan isu yang mengejutkan, yang
teramat asing dan terlalu sensitif. Apa tujuan semua ini? Pasti ada
sesuatu yang begitu kuat untuk mencabar kedaulatan negara dan merosakkan
jati diri negara.
Terkejut saya mendengar lagu negaraku, lagu kebangsaan, dinyanyikan dalam bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Saya tidak pasti lokasi SJKC berkenaan,
tetapi menyanyikan lagi negaraku dalam versi mandarin adalah amat biadab
kurang ajar dan sangat keterlaluan.
Saya harap video yang dihantar kepada
saya itu tidak betul. Saya masih belum jumpa dalam carian YouTube. Jika
betul, ini komen saya:
Atas dasar apa lagu Negaraku perlu diterjemahkan dalam bahasa Cina dan dinyanyikan dalam majlis rasmi sekolah?
Tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun
di dunia ini, kecuali ultra kiasu dan komunis di Malaysia.
Tindakan
tegas mesti dilakukan.
Jika sekadar terjemahkan lagu Negaraku untuk tatapan umum seperti ini:
https://www.youtube.com/watch?v=IARpT12z3fg,
pada saya masih boleh diterima. Lagu Negaraku diterjemahkan dalam
bahasa Arab, bukan untuk dinyanyikan dalam majlis rasmi.
Tetapi, menyanyikan dalam majlis rasmi
seperti di perhimpunan sekolah (kelas), perhimpunan pejabat (awam),
majlis rasmi negara (dalam dan luar negara) dan lain-lain, tidak boleh
diterjemahkan sama sekali. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.
Lagu Kebangsaan adalah lambang kedaulatan
negara. Jika kedaulatan negara sudah tidak lagi dihormati, maka apa
yang boleh diharapkan daripada ultra kiasu, melainkan pemikiran ideologi
komunis dan melahirkan lebih ramai komunis.
Dari hujung kaki sampai hujung rambut,
saya merayu kepada pemimpin tertinggi negara, HENTIKAN SEGERA. Bertindak
tegas terhadap SJKC ini.
Halaulah mereka yang terbabit daripada negara tercinta ini sebelum terlambat.
Apa-apa berkaitan lambang negara tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa lain.
Kekal seadanya untuk dinyanyikan dalam
majlis rasmi. Contoh, cogan kata negara, lagu kebangsaan negara, bendera
negara dan sebagainya. Tidak boleh diubah sedikitpun.
Cogan kata dan lagu Kebangsaan Singapura tetap kekal, “Majulah Singapura”, tanpa diubah walau sedikitpun.
Begitu juga ‘command’ tentera tetap kekal dalam bahasa Melayu.
Seultra-ultra kiasu Singapura, mereka tetap menghormati jata dan lagu negara mereka. Kekal dalam bahasa Melayu.
Amat hina jika ada rakyat Malaysia yang melakukan perkara ini.
Semua bukti ini menunjukkan Sekolah Cina
(SJKC, SMKJC), Sekolah Persendirian Cina (SPC), Institusi Pendidikan
Tinggi Cina seperti Kolej Universiti New Era, Kolej Universiti Han
Chiang menjadi pusat pemikiran ideologi komunis.
Jangan pula kita lupa bahawa Kolej Universiti New Era baru-baru ini menjadi tempat perhimpunan komunis.
Majoriti pelajar di kolej ini datangnya daripada SJKC, SMKJC dan SPC.
Polis hendaklah segera siasat SJKC mana yang begitu biadab menyanyikan lagu negaraku versi Cina dalam majlis rasmi.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan dipandang enteng.
Lagu negaraku, lambang kedaulatan negara.
Jika inipun tidak dapat dijaga, saya sudah tidak tahu nak cakap apa,
melainkan hanya berdoakan, Ya Allah, peliharalah Negaraku dan negaraku
tercinta ini, tatkala orang yang diharapkan tidak boleh diharap lagi.
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah- Pusat Pengajian Teras Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan