Oleh Siti Fatimah Ishak
Pihak 'tak beradab', jangan memandai tukar, buruk padahnya
BANGI–
Belum reda isu Jalur Gemilang lima bintang, timbul pula isu pelajar
sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam versi bahasa Mandarin.
Menerusi
video berdurasi 1:22 minit yang tular, memaparkan murid sekolah
menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam sebuah kelas,
tanpa dinyatakan lokasi dan bila berlaku.
Murid
dalam video berkenaan didapati majoriti berbangsa Cina, dan terdapat
seorang murid Melayu bertudung. Video itu dipercayai dimuat naik oleh
pengguna Facebook, Sahrin Bakron.
Laporan
The Reporter yang dikongsi oleh My Media Hub mendapat kecaman daripada
netizen yang rata-ratanya marah kerana tidak hormat kepada lagu
Negaraku.
00:00
01:23
“Mereka
tak sengaja tu. Maafkan jela. Macam isu bendera juga, semuanya dilakukan
secara tak sengaja jadi kita kene maafkan. Mereka pasang bendera
terbalik pun haritu tak sengaja, yang penting jangan ada apa-apa
tindakan berat kat mereka,” sindir Sufian Roslee.
“Sebab
korang yang nak sangar perubahan kan? Sekali negara dapat kat tangan
cina bukit komunis ni, padan lah muka, jangan nanti Malaysia jadi
seperti Melayu Singapore sudah,” tulis Abdul Aziz Omar.
Puspawangi Fatimah berkata, apa sahaja alasan mereka selepas tidak boleh diterima dan salah sama sekali.
“Tak bole
tukar bahasa lagu sesuka hati. Singapore pun nyanyi lagu kebangsaan
dalam bahasa Melayu.. Jangan memandai cikgu, buruk padahnya. Beringat
sebelum buat apa-apa,” katanya.
“Sepet ni
dah lama pun biadap. Pemimpin melayu pun banyak jadi khadam depa. Sebab
tu depa tak takut apa pun…lepas ni minta maaf…habis cerita,” tulis Paq
Neq Puak.
Lagu
Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh
bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lagu Negaraku diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan