Jumaat, 6 Disember 2019

PH sukar pilih manifesto mana perlu diutamakan

Oleh: Fazleen Safina

 

Hak milik tanah kekal kampung baru kepada kaum Cina isu sensitif

BANGI – Kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) berhadapan dengan cabaran untuk memilih manifesto dan janji mana yang perlu diberi keutamaan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga pemerhati politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood membangkitkan perkara itu apabila parti tamak haloba, DAP terus mendesak Kerajaan Negeri Perak menunaikan janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.

“Mereka sukar untuk menentukan dari aspek ‘priority’ manifesto mana yang perlu diselesaikan dulu dan yang mana perlu dibuat kemudian.

“Bukan sahaja isu sukar atau senangnya untuk selesaikan sesuatu manifesto, malah isu sensitiviti kaum juga perlu diambil kira.

“Isu hak milik tanah walaupun boleh diselesaikan cepat, namun ia isu sensitif atas dasar hak milik tanah diberi kepada kaum Cina yang tinggal di kampung baru,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menuntut janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baharu terhadap orang Cina.

Kor Ming turut meminta lima ahli EXCO kerajaan negeri Perak dari DAP supaya membantu Ahmad Faizal melaksanakan janji PRU-14.

Katanya, janji yang diumumkan pada PRU-14 bukan janji DAP, sebaliknya ia adalah janji PH yang perlu ditunaikan segera.

Mengulas lanjut, Dr Nik menjelaskan bahawa dalam konteks kerajaan PH, manifesto adalah janji yang mesti ditepati, walaupun terdapat beberapa manifesto yang mungkin sukar untuk dipenuhi dalam jangka masa singkat.

“Tetapi, tuntutan hak milik kekal kampung baru di Perak adalah satu janji yang lebih mudah ditepati kerana kerajaan PH berkuasa di Perak.

“Isu hak milik tanah adalah kuasa negeri dan hanya perlu diselesaikan di peringkat kerajaan negeri,” katanya.


Tiada ulasan: