Sesetengah pemilik menara ambil permit tetapi tak perbaharui
PARIT BUNTAR
– Sebanyak 200 menara telekomunikasi haram, dikenal pasti wujud di
seluruh Perak dan tindakan akan diambil untuk menangani perkara itu,
kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan
negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Beliau berkata, proses pemulihan telah
dilaksanakan dan didapati sesetengah pemilik menara tersebut, pada
mulanya mengambil permit tetapi tidak diperbaharui.
“Kami akan mengambil tindakan mendenda
dan merobohkan menara berkenaan jika pemiliknya ingkar untuk
memperbaharui permit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan
taman rekreasi Taman Linear Bandar di Jalan Temenggong di sini, hari
ini.
Sehubungan itu, katanya, pemilik menara
telekomunikasi yang masih belum mengambil dan memperbaharui permit
supaya berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan.
Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain
menyatakan, kekesalan kerana masih terdapat kalangan masyarakat yang
masih membuang sampah di merata-rata walaupun pihak berkuasa tempatan
(PBT) menyediakan kemudahan tong sampah.
Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga, kempen kebersihan akan dijalankan mulai Januari depan, katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan