Tiada keperluan kerajaan bubar Parlimen untuk adakan semula PRU
KUALA NERUS– Laporan lengkap berhubung cadangan pengambilalihan pendaftaran dan
kawal selia parti politik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dijangka siap akhir tahun
ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC),
Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, pihaknya akan mengemukakan
cadangan secara rasmi kepada kerajaan sejurus selepas laporan itu siap.
Cadangan
itu dibuat memandangkan SPR adalah badan bebas yang tidak dikuasai
mana-mana parti politik, namun kerajaan berhak membuat penilaian
sewajarnya.
“ERC
sedang sediakan laporan dan perakuan supaya pendaftaran parti politik
dibuat oleh SPR dan ia sudah tidak lama lagi iaitu akhir tahun ini.
“Jika
kerajaan terima cadangan ini maka tanggungjawab itu akan dipindahkan
kepada SPR dan ia lebih telus kerana ROS ini adalah organisasi di bawah
kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Libat
Urus ERC Peringkat Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) hari ini.
Terengganu
adalah destinasi kedua terakhir sebelum Selangor bagi jelajah program
Libat Urus ERC yang dijalankan di seluruh negara sejak tahun lepas.
Dalam
perkembangan lain, Ab Rashid yang juga bekas pengerusi SPR berpendapat
tiada keperluan untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan
Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan semula seperti yang ditimbulkan
segelintir pihak.
Menurut
beliau situasi politik pada masa ini adalah stabil dan kerajaan Pakatan
Harapan (PH) wajar meneruskan pentadbiran sehingga akhir penggal.
“Saya
ikuti politik hari ini dengan rapat dan lihat tidak ada apa-apa masalah
yang memerlukan kerajaan bubarkan Parlimen atau minta mandat baharu.
“Jadi kerajaan perlu habiskan pentadbiran sehingga akhir penggal dan lepas itu baru adakan pilihan raya,” katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan