Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memohon maaf khususnya kepada netizen selepas komennya terhadap sebuah kereta menimbulkan kecaman orang ramai.
Fahmi berkata setelah bermuhasabah diri, beliau mengakui tidak sepatutnya menulis jenaka tersebut di Twitter.
"Petang tadi (semalam) saya telah tulis satu tweet mengenai keadaan sebuah kereta yang saya temui.
"Setelah meneliti maklum balas dan komen-komen warganet, dan setelah muhasabah dan berfikir panjang, saya akui tweet tersebut tidak patut saya tulis dan ingin memohon maaf.
Terdahulu, Fahmi menerusi Twitternya menulis satu jenaka, yang kononnya memaparkan perbualan antara beliau, bersama dua yang lain.
Tweet tersebut berbunyi:
A: Kereta ni macam kereta perang.
B: "Cukup sifat ni"
Me: Ni bukan cukup sifat. Ni cukup syarat je ni.
Seorang
pengguna Twitter menegur Fahmi dan mengatakan kereta tersebut adalah
milik rakannya yang susah dan perlu menyara kedua ibu bapanya.
"Itu
kereta kawan saya. Dia kerja sebagai pemandu Grab Food dan menjaga
kedua ibu bapanya. Kami tahu gaji YB sangat tinggi, tapi tolonglah
jangan gelakkan kesusahan orang lain, YB," kata individu berkenaan.
Semakan Malaysiakini bagaimanapun mendapati komen itu telah dipadamkan pengarah komunikasi PKR itu.
Meskipun selepas meminta maaf, Fahmi terus dihujani kritikan dan kecaman daripada netizen.
"Jangan jadi YB cukup syarat. Pergilah merdekakan rakyat," komen satu lagi pengguna Twitter lain.
Permohonan maaf Fahmi itu turut menerima reaksi daripada seorang pengarah, Al Jafree Md Yusop yang mengatakan jenaka tersebut tidak kena pada tempatnya.
"Dia dah minta maaf pasal tweet ni. Cuma yang aku musykil apa yang dia fikirkan masa dia post tweet ni?
"Ini cara YB buat lawak ke? Tak betul cara lawak ni. Ramai orang tengah susah sekarang," katanya di Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan